Page 47 - AOB 2018 (BM)
P. 47
Lembaga
Pemantauan
Audit
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Liabiliti dikira bagi amaun yang jangka akan dibayar jika AOB mempunyai obligasi
undang-undang atau konstruktif untuk membayar amaun ini disebabkan oleh
perkhidmatan lampau yang diberikan oleh kakitangan dan obligasi tersebut dapat
dianggar dengan andal.
(ii) Pelan caruman
Caruman AOB ke dalam dana persaraan berkanun dicajkan ke dalam keuntungan atau kerugian
dalam tahun kewangan yang berkaitan dengannya. Caruman prabayar dikira sebagai aset
setakat pembayaran balik tunai atau pengurangan dalam pembayaran masa akan datang, jika
ada.
(f) Ukuran nilai saksama
Nilai saksama bagi aset atau liabiliti ditentukan sebagai harga yang akan diterima untuk menjual
aset atau dibayar untuk memindahkan liabiliti dalam urus niaga yang teratur antara peserta
pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran ini menganggap bahawa urus niaga untuk
menjual aset itu atau memindahkan liabiliti berlaku sama ada di pasaran utama atau dalam
ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran yang paling menguntungkan.
Bagi aset bukan kewangan, ukuran nilai saksama mengambil kira keupayaan peserta pasaran
untuk menjana manfaat ekonomi dengan menggunakan aset tersebut dalam penggunaan
sebaik dan sepenuhnya atau dengan menjualnya kepada kumpulan peserta pasaran lain yang
akan menggunakan aset tersebut dalam penggunaan sebaik dan sepenuhnya.
4. Pelbagai penghutang
2018 2017
RM RM
Deposit - 82,714
Prabayaran - 75,632
Faedah boleh terima 8,307 1,627
8,307 159,973
5. Pelaburan lain
Pelaburan lain adalah berkaitan dengan deposit yang diletakkan dengan bank berlesen dengan
kematangan asal 6 bulan atau lebih. Deposit yang ditempatkan di dalam bank berlesen memperoleh
pendapatan pada kadar antara 3.05% hingga 3.30% setahun (2017: 1.75% hingga 3.05% setahun).
Deposit daripada penalti adalah terhad untuk digunakan bagi perancangan dan pelaksanaan program
bina upaya berhubung dengan profesion perakaunan dan pengauditan.
BAHAGIAN DUA PENYATA | 45
LT AOB BHG 2.indd 45 10/04/2019 4:35 PM