Page 158 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 158

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                   Nilai saksama Tahap 1
                                   Nilai saksama Tahap 1 diperoleh daripada sebut harga tak terlaras dalam pasaran aktif bagi aset
                                   kewangan serupa yang entiti tersebut boleh diakses pada tarikh pengukuran.

                                   Nilai saksama Tahap 2
                                   Nilai saksama Tahap 2 dianggar dengan menggunakan input selain sebut harga yang terangkum
                                   dalam Tahap 1 yang boleh dicerap bagi aset kewangan, sama ada secara langsung atau tak
                                   langsung.

                                   Pindahan antara nilai saksama Tahap 1 dengan Tahap 2
                                   Tiada pindahan antara nilai saksama Tahap 1 dengan Tahap 2 semasa tahun kewangan. (2017:
                                   tiada pindahan dalam mana-mana arah)

                                   Nilai saksama Tahap 3
                                   Nilai saksama Tahap 3 dianggar dengan menggunakan input tak boleh cerap bagi aset
                                   kewangan tersebut.

                                   Instrumen kewangan tidak dibawa pada nilai saksama

                                   Jenis                  Huraian teknik penilaian dan input yang digunakan

                                   Penghutang jangka      Aliran tunai terdiskaun menggunakan kaedah berasaskan kadar
                                   panjang                peminjaman pasaran semasa.


                        20.  Pengurusan rizab

                             Objektif pengurusan kewangan SC adalah untuk mengekalkan rizab yang cukup untuk memelihara
                             keupayaan SC melaksanakan kewajipan dan fungsinya secara bebas dan berkesan. Pihak pengurusan
                             memantau komitmen modal jangka panjang untuk memastikan dana yang mencukupi tersedia untuk
                             memenuhi obligasi. Pelaburan SC diurus secara berhemah untuk memastikan dana terpelihara.


                        21.  Perubahan ketara dalam dasar-dasar perakaunan

                             Sepanjang tahun ini, SC mengguna pakai MFRS 15, Hasil daripada Kontrak dengan Pelanggan dan MFRS
                             9, Instrumen Kewangan dalam penyata kewangan. Secara amnya, SC mengaplikasi keperluan piawaian
                             perakaunan secara retrospektif dengan bahan-bahan praktikal dan pengecualian peralihan sebagaimana
                             yang dibenarkan oleh piawaian. Walau bagaimanapun, seperti yang dibenarkan dalam MFRS 9, SC
                             memilih tidak menyatakan semula perbezaannya. Tiada kesan ketara daripada penggunaan MFRS 15.

                             21.1  Perakaunan untuk instrumen kewangan

                                   a.    Peralihan

                                         Dalam penggunaan MFRS 9, pengecualian peralihan berikut yang dibenarkan oleh
                                         piawaian telah diterima pakai:

                                        (i)   SC tidak menyatakan semula maklumat perbandingan untuk tempoh terdahulu
                                              berkenaan dengan keperluan klasifikasi dan pengukuran. Sehubungan
                                              itu, maklumat yang dibentangkan untuk tahun 2017 tidak secara amnya
                                              mencerminkan keperluan MFRS 9, tetapi sebaliknya dari MFRS 139, Instrumen
                                              Kewangan: Pengiktirafan dan Pengukuran.



                   148  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   148                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163