Page 162 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 162

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                                LAPORAN  JURUAUDIT  BEBAS
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN       KEPADA AHLI-AHLI  LEMBAGA
                   2018         SURUHANJAYA  SEKURITI  MALAYSIA




                        Laporan mengenai Audit Penyata Kewangan


                        Pendapat

                        Kami telah mengaudit penyata kewangan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), yang merangkumi penyata
                        kedudukan kewangan pada 31 Disember 2018, dan penyata keuntungan atau kerugian dan pendapatan
                        komprehensif lain, penyata perubahan dalam ekuiti dan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir pada
                        tarikh tersebut, dan nota-nota kepada penyata kewangan, termasuk ringkasan dasar perakaunan yang
                        penting, seperti yang dibentangkan pada muka surat 118 hingga 149.

                        Pada pendapat kami, penyata kewangan yang disertakan memberi pandangan yang benar dan saksama
                        mengenai kedudukan kewangan SC pada 31 Disember 2018, dan prestasi kewangan dan aliran tunai
                        bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian
                        Laporan Kewangan Antarabangsa.

                        Asas Pendapat

                        Kami telah menjalankan audit mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian
                        Pengauditan Antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian tersebut dihuraikan dengan lanjut
                        dalam bahagian Tanggungjawab Juruaudit terhadap Audit Penyata Kewangan di dalam laporan kami.
                        Kami percaya bahawa bukti audit yang telah kami perolehi adalah mencukupi dan wajar untuk dijadikan
                        asas bagi pendapat kami.

                        Kebebasan dan Tanggungjawab Etika lain

                        Kami adalah bebas daripada SC menurut Undang-Undang Kecil (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan
                        Profesional) Institut Akauntan Malaysia (Undang-Undang Kecil), dan Kod Etika bagi Akauntan Profesional
                        (Kod IESBA) Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Akauntan, dan kami telah memenuhi
                        tanggungjawab etika lain mengikut Undang-Undang Kecil dan Kod IESBA.


                        Tanggungjawab Ahli-ahli Lembaga SC Terhadap Penyata Kewangan

                        Ahli-ahli Lembaga bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan SC yang memberikan
                        pandangan yang benar dan saksama menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian
                        Pelaporan Kewangan Antarabangsa. Ahli-ahli Lembaga juga bertanggungjawab terhadap kawalan
                        dalaman sebagaimana yang ditetapkan sebagai perlu oleh Ahli-ahli Lembaga bagi membolehkan
                        penyediaan penyata kewangan SC yang bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan
                        oleh penipuan atau kesilapan.

                        Dalam menyediakan penyata kewangan SC, Ahli-ahli Lembaga adalah bertanggungjawab untuk menilai
                        kesinambungan keupayaan SC sebagai suatu usaha berterusan, mendedahkan sekiranya berkenaan,
                        perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas usaha berterusan
                        perakaunan kecuali sekiranya Ahli-ahli Lembaga berhasrat untuk membubarkan SC atau menghentikan
                        operasi, atau tidak mempunyai pilihan realistik kecuali berbuat demikian.















                   152  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   152                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167