Page 163 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 163

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018




                           Tanggungjawab Juruaudit terhadap Audit Penyata Kewangan


                           Objektif kami adalah untuk memperolehi jaminan munasabah sama ada penyata kewangan SC secara
                           keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau
                           kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan munasabah
                           merupakan tahap jaminan yang tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit dijalankan mengikut
                           piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa akan sentiasa
                           mengesan salah nyata yang ketara apabila ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau
                           kesilapan dan dianggap ketara sekiranya, secara individu atau  agregat, dijangkakan dengan munasabah akan
                           mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna berdasarkan penyata kewangan ini.

                           Sebagai sebahagian daripada pengauditan menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan
                           Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan
                           skeptisisma profesional sepanjang audit tersebut. Kami juga:

                           •    Mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara dalam penyata kewangan SC, sama
                                ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merangka dan melaksanakan prosedur audit yang
                                responsif terhadap risiko berkenaan, dan memperoleh bukti audit yang mencukupi dan wajar untuk
                                menyediakan asas bagi pendapat kami. Risiko tidak mengesan salah nyata yang ketara akibat daripada
                                penipuan adalah lebih tinggi daripada risiko yang terhasil daripada kesilapan, kerana penipuan
                                mungkin melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, pengenepian secara sengaja, gambaran yang salah,
                                atau ketidakpatuhan terhadap kawalan dalaman.

                           •    Mendapatkan kefahaman terhadap kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit untuk merangka
                                prosedur audit yang wajar mengikut keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat
                                mengenai keberkesanan kawalan dalaman SC.

                           •    Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang diguna pakai dan kemunasabahan anggaran perakaunan
                                dan pendedahan berkaitan yang dibuat oleh Ahli-ahli Lembaga.


                           •    Membuat kesimpulan mengenai kesesuaian asas perakaunan usaha berterusan yang digunapakai oleh
                                Ahli-ahli Lembaga dan, berdasarkan bukti audit yang diperolehi, sama ada wujud ketidakpastian ketara
                                yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang boleh menimbulkan keraguan ketara ke atas
                                keupayaan SC untuk terus beroperasi sebagai suatu usaha berterusan. Jika kami membuat kesimpulan
                                bahawa ketidakpastian ketara wujud, kami dikehendaki untuk mengenengahkan pendedahan yang
                                berkaitan dalam penyata kewangan SC di dalam laporan juruaudit, atau, jika pendedahan tersebut
                                tidak mencukupi, untuk membuat perubahan terhadap pendapat kami. Kesimpulan kami adalah
                                berdasarkan kepada bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Walau
                                bagaimanapun, peristiwa atau keadaan masa hadapan boleh menyebabkan tamatnya kesinambungan
                                SC sebagai suatu usaha berterusan.

                           •    Menilai pembentangan keseluruhan, struktur dan kandungan penyata kewangan SC, termasuk
                                pendedahan, dan sama ada penyata kewangan mewakili transaksi-transaksi dan peristiwa sebenar
                                dengan cara yang membolehkan penyata kewangan tersebut memberi suatu pandangan yang benar
                                dan saksama.


                           Kami berkomunikasi dengan Ahli-ahli Lembaga, antara lain, mengenai skop yang dirancang dan tempoh
                           pengauditan dan pemerhatian audit yang ketara, termasuk apa-apa kelemahan yang ketara dalam kawalan
                           dalaman yang kami kenal pasti ketika audit kami.









                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  153






              92-225 BM.indd   153                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168