Page 61 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 61

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018




                           Diagram 8
                           Penilaian risiko pelbagai komponen pasaran modal Malaysia
                                                         •   Kecairan domestik yang mencukupi untuk memudahcarakan aktiviti
                                                             pelaburan yang cekap
                                      Pasaran            •   Pemutus litar pasaran yang menyeluruh dan had harga ke atas ekuiti
                                      Ekuiti dan             sebagai sebahagian daripada mekanisme pengurusan risiko untuk
                                                             menangani ketaktentuan pasaran yang berlebihan. Pada 2018, tiada
                                      Infrastruktur          pemutusan litar pasaran dibuat
                                                         •   Jaringan keselamatan iaitu Dana Jaminan Penjelasan Sekuriti dan Derivatif
                                                             tersedia untuk mengurus kemunculan tekanan
                                                         •   Pergerakan hasil yang marginal berbanding pasaran serantau yang lain,
                                      Pasaran Bon        •   disokong oleh kecairan domestik yang mencukupi
                                                             Modal bon berisiko dalaman menunjukkan tahap tekanan dalam pasaran
                                                             bon korporat adalah minimum
                                                         •   Perolehan korporat pada 2018 menyusut disebabkan oleh keadaan
                                      Syarikat               ekonomi am dan peningkatan kemerosotan nilai yang dialami oleh PLC
                                      Tersenarai         •   Secara keseluruhan, leveraj korporat kekal baik dengan trend nisbah
                                                             penggearan yang stabil
                                                         •   Aliran keluar bersih dalam pasaran ekuiti adalah antara yang paling
                                                             rendah di rantau ini. Pelabur asing sebagai peratusan pemegangan saham
                                      Aliran                 menyaksikan turun naik yang minimum dan kekal melebihi purata 3 tahun
                                      Pelaburan          •   Bagi pasaran bon, pengurangan pegangan asing adalah disebabkan oleh
                                                             terbitan yang telah matang. Ketika ini, lebih 55% pelabur asing adalah
                                                             bersifat jangka panjang iaitu, bank-bank pusat, dana kekayaan berdaulat,
                                                             dana persaraan dan insurans
                                                         •   Pengurus dana mempunyai langkah-langkah tersedia untuk mengurus
                                      Pengurusan             risiko kecairan, iaitu rangka kerja kecairan untuk berlindung daripada
                                                             sebarang keadaan pasaran yang teruk
                                      Pelaburan          •   Tunai dan aset cair yang dipegang adalah mencukupi untuk memenuhi
                                                             penembusan pelabur
                                                         •   Broker saham mempunyai modal yang amat baik, disokong oleh penimbal
                                      Pengantara             kecairan yang mencukupi bagi menangani apa-apa kerugian terealis atau
                                      Pembrokeran            kerugian berpotensi yang timbul ketika tempoh tekanan
                                      Saham              •   Kedudukan modal berasaskan risiko semasa kekal melebihi keperluan
                                                             kewangan minimum yang ditetapkan




                           SC juga terus bekerjasama rapat dengan BNM dalam   Penglibatan ini adalah penting bukan sahaja untuk
                           bidang kepentingan dan kebimbangan bersama,     mengesahkan kerja penilaian risiko, tetapi juga untuk
                           memandangkan kesalinghubungan pasaran kewangan   memahami sentimen dagangan dan pelaburan
                           dan modal. Pada 2018, SC mengadakan pertukaran   dalam pasaran.
                           maklumat dan berkongsi hasil penilaian mengenai
                           trend dan perkembangan risiko global serta pergerakan   Pelbagai komponen pasaran modal Malaysia terus
                           dana dalam segmen pasaran yang berbeza untuk    berfungsi seperti biasa walaupun terdapat tekanan,
                           menentukan kerentanan yang berpotensi.          terutamanya pengetatan dasar monetari dalam
                                                                           pasaran maju dan ketegangan perdagangan AS-
                           Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih          China. Empat penilaian ini menunjukkan bahawa
                           mendalam tentang trend pasaran dan risiko dalam   tiada kebimbangan risiko sistemik utama dalam
                           persekitaran pasaran yang semakin tidak menentu   pasaran semasa, keadaan kecairan dan infrastruktur
                           di tengah-tengah keadaan pengetatan kecairan,   (Diagram 8).
                           SC telah meningkatkan kekerapan dan keamatan
                           penglibatannya bersama peserta pasaran.

                                                                                       BAHAGIAN 2 »» MEMBENTUK TATALAKU PASARAN  |  51






              36-61 BM.indd   51                                                                                          3/1/19   5:11 PM
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66