Page 56 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 56

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018








                       Semakan  tematik  KE  ATAS  Laporan  Transaksi  Mencurigakan



                              LATAR BELAKANG                                         HASIL PENYELIAAN

                         Laporan transaksi yang mencurigakan (STR) dikemukakan   Mengeluarkan komunikasi industri mengenai
                         oleh pengantara berlesen kepada Jabatan Perisikan    STR kepada semua pengantara dalam
                         Kewangan dan Penguatkuasaan (FIED) BNM merupakan     pemerhatian dan jangkaan SC.
                         sumber penting risikan kewangan untuk mengukur
                         keberkesanan rangka  kerja Pencegahan Pengubahan
                         Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT).

                         Semakan tematik dijalankan untuk menaksir dan
                         menilai kualiti pengemukaan STR serta amalan dalaman
                         disediakan oleh pengantara untuk mengenal pasti,
                         menganalisis, dan mendokumen transaksi mencurigakan.
                         Pemerhatian dan jangkaan yang timbul daripada semakan
                         tematik dikongsi ketika bengkel pematuhan yang
                         diadakan pada Julai 2018.



                              PEMERHATIAN

                         •   STR pada umumnya diserahkan kepada FIED BNM dalam tempoh masa yang boleh diterima.

                         •   Kebanyakan transaksi luar biasa atau mencurigakan. Majoriti pengantara berlesen mempunyai mekanisme
                             pengesanan, peningkatan dan pelaporan yang mencukupi mengenai urus niaga yang luar biasa atau
                             mencurigakan.

                         •   Pengantara mempunyai langkah penyimpanan rekod yang wajar untuk memastikan maklumat sensitif dan
                             dokumen yang berkaitan dengan transaksi mencurigakan disimpan dalam persekitaran yang selamat.

                         •   Kebanyakan STR yang diserahkan telah dimulakan daripada perintah siasatan agensi penguatkuasaan undang-
                             undang atau laporan buruk yang disiarkan melalui Sistem Perisikan Kewangan BNM (FINS).

                         •   Sesetengah serahan STR memberikan huraian yang mencukupi tentang jenis dan situasi kecurigaan dengan
                             analisis untuk menyokong transaksi yang mencurigakan tersebut.

                         •   Terdapat keperluan bagi pengantara untuk mengkaji semula kecekapan dan keberkesanan proses pelaporan
                             transaksi yang mencurigakan dan ketepatan masa serta kualiti STR mereka.


















                   46  | BAHAGIAN 2 »» MEMBENTUK TATALAKU PASARAN





              36-61 BM.indd   46                                                                                          3/1/19   5:11 PM
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61