Page 60 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 60

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018




                         MEMASTIKAN DAYA TAHAN                          Menilai kerentanan dan risiko kepada
                         PASARAN MODAL                                  kestabilan sistemik


                        Pemantauan risiko sistemik dalam                SC terus menjalankan fungsi pemantauan risiko
                        pasaran modal                                   pasarannya melalui Jawatankuasa Pemantauan
                                                                        Risiko Sistemik (SROC) yang merupakan
                        Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan      jawatankuasa utama bagi perbincangan mengenai
                        walaupun terdapat cabaran dan ketidaktentuan    risiko dan perlindungan yang bersesuaian. Lanjutan
                        dalam pasaran global. Ketidakpastian meningkat   daripada usaha SC pada 2017, tumpuan pada 2018
                        dalam seluruh pasaran global sepanjang 2018     adalah terhadap isu-isu geopolitik dan penormalan
                        dengan ketegangan perdagangan yang semakin      dasar-dasar monetari. SC memantau, antara lain,
                        memuncak, isu-isu geopolitik dan penormalan     perkembangan di Semenanjung Korea, pilihan raya
                        dasar monetari dalam ekonomi maju. Ini telah    separuh penggal AS, krisis mata wang Turki serta
                        menjejaskan sentimen risiko, di tengah-tengah   ketegangan perdagangan AS-China. Penilaian impak
                        peningkatan ketidaktentuan dan pengetatan       dijalankan untuk menentukan kesan limpahan
                        kecairan dalam pasaran kewangan global.         yang berpotensi kepada pasaran global dan pesat
                                                                        membangun ke atas pasaran kewangan tempatan.
                        Perkembangan ini menekankan keperluan bagi SC   Penilaian risiko juga dilakukan terhadap aliran dana
                        untuk terus memantau dan menilai kebimbangan    berikutan pengetatan lanjut keadaan kewangan
                        risiko sistemik. Ini termasuk pengesanan awal trend   susulan kenaikan progresif kadar faedah oleh Rizab
                        risiko baru muncul dan kerentanan yang boleh    Persekutuan AS.
                        menyebabkan peningkatan risiko sistemik dalam
                        pasaran modal. Penilaian risiko SC pada 2018    Perkembangan dalam konstituen Indeks Morgan
                        telah dibincangkan di pelbagai peringkat untuk   Stanley Capital International (MSCI) yang relevan
                        membolehkan penglibatan dan penyertaan pelbagai   telah dipantau rapi, terutamanya dengan
                        pihak berkepentingan berhubung pasaran, firma   kemasukan Saham A China. Cadangan kemasukan
                        dan produk.                                     Arab Saudi, Kuwait dan Argentina ke dalam
                                                                        Indeks Pasaran Pesat Membangun MSCI pada
                        Memandangkan pentingnya mempunyai               2019 mungkin menjejaskan secara terus wajaran
                        pendekatan yang mantap dan terkini bagi         keseluruhan syarikat Malaysia dalam indeks tersebut.
                        pengenalpastian, pemantauan, pengurangan dan    Bagi memastikan pasaran ekuiti Malaysia kekal
                        pengurusan risiko sistemik, SC terus menyemak   menarik kepada pelabur asing, langkah-langkah
                        dan meningkatkan rangka kerja pengawasan        sedang dipertimbangkan bersama dengan pihak
                        risiko pasaran untuk memastikan keberkesanan    berkepentingan industri, untuk membolehkan
                        dan kecukupannya. SC juga mengambil langkah     syarikat tersenarai diperuntukkan wajaran yang lebih
                        untuk mengukuhkan pengaturan kesinambungan      tinggi dalam indeks tersebut.
                        perniagaan di peringkat industri dan SC sebagai
                        sebahagian daripada usahanya untuk menguruskan   Di samping itu, kesan yang berpotensi terhadap
                        risiko sistemik dengan lebih baik.              pasaran tempatan dan para pesertanya berikutan
                                                                        Resolusi EU untuk menamatkan penggunaan bahan
                                                                        api biologi berasaskan minyak sayuran menjelang
                                                                        2020, serta perubahan dalam Kadar Dasar
                                                                        Semalaman (OPR) pada Januari 2018 juga disemak.
                                                                        Impak terhadap pasaran modal didapati boleh
                                                                        diabaikan.




                   50  | BAHAGIAN 2 »» MEMBENTUK TATALAKU PASARAN





              36-61 BM.indd   50                                                                                          3/1/19   5:11 PM
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65