Page 11 - AOB 2018 (BM)
P. 11

LEMBAGA
                                                                                                           PEMANTAUAN
                                                                                                              AUDIT
                                                                                                            LAPORAN
                                                                                                           TAHUNAN
                                                                                                            2018





               PENGENALAN




               Kualiti audit merupakan kunci untuk mengekalkan kepercayaan awam dan mengukuhkan keyakinan pelabur
               terhadap pelaporan korporat yang andal. Salah satu elemen penting dalam mendukung kualiti audit ialah
               pemantauan audit yang berkesan.

               Bersandarkan pencapaiannya pada masa lalu, AOB kekal fokus kepada mandatnya untuk memupuk
               pengauditan bebas yang berkualiti tinggi dalam pasaran modal.


               Sementara AOB meneruskan fungsi terasnya, iaitu pendaftaran dan pengiktirafan, pemeriksaan serta
               penguatkuasaan, ia sedar dan memberi perhatian penuh terhadap industri audit yang semakin rumit.
               Pemacu seperti ketidaktentuan ekonomi global, inovasi teknologi dan perkembangan piawaian pelaporan
               kewangan global yang kompleks sentiasa dipantau bagi memastikan fokus AOB adalah terkini dan relevan.

               Pelan Strategik AOB 2017-2020 memasuki tahun kedua pada 2018. Dalam usaha untuk menyediakan
               pelaksanaan inisiatif strategik yang lebih terperinci, keutamaan diberikan kepada tema strategik berikut:


               •     Memperkukuh kehendak kawal selia;
               •     Keputusan penguatkuasaan yang tertumpu dan berkesan; dan
               •     Memperkasa tumpuan terhadap pemeriksaan berasaskan risiko.


               Sorotan aktiviti pada 2018 terhadap pencapaian tema strategik dibentangkan dalam seksyen berikut.



               Diagram 1
               Pelan Strategik AOB 2017–2020





                                                          Tema


                                         Memperkukuh kehendak kawal selia

                            Memacu pembangunan menyeluruh profesion pengauditan


                          Memperkasa tumpuan terhadap pemeriksaan berasaskan risiko

                             Keputusan penguatkuasaan yang tertumpu dan berkesan

                                      Komunikasi dan kerjasama yang berkesan
                                            dengan pihak berkepentingan









                                                BAHAGIAN SATU  MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL  |  9





   LT AOB BHG 1.indd   9                                                                                    10/04/2019   4:41 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16