Page 14 - AOB 2018 (BM)
P. 14

LEMBAGA
    PEMANTAUAN
       AUDIT
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018






               Kriteria Baharu Pendaftaran dengan AOB



               AOB menjalankan pemeriksaan lazim ke atas firma audit dan juruaudit individu untuk menilai kepatuhan
               mereka terhadap piawaian audit dan peraturan. Sepanjang tahun-tahun yang lalu, hasil pemeriksaan AOB
               menimbulkan kebimbangan bahawa:

               •  Terdapat firma audit yang tidak mempunyai kapasiti dalaman yang mencukupi di peringkat rakan kongsi
                  untuk melaksanakan pengauditan PIE dan kumpulan wang jadual secara berkesan dan mematuhi
                  keperluan penggiliran rakan kongsi di bawah Undang-undang Kecil MIA;

               •  Terdapat firma audit yang ditubuhkan secara sah semata-mata untuk menerima tugasan pengauditan PIE.
                  Walau bagaimanapun, dalam intipatinya, firma audit tersebut mendapatkan khidmat daripada sumber
                  luar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab rakan kongsi tugasan (EP) dan / atau rakan kongsi
                  semakan kawalan kualiti tugasan (EQCR). Akibatnya, apabila timbul masalah berkaitan dengan kualiti
                  pengauditan, firma audit tersebut tidak dapat melaksanakan pengawasan dan tadbir urus yang berkesan
                  ke atas rakan kongsi audit yang menjalankan pengauditan penyata kewangan PIE atau kumpulan wang
                  jadual; dan

               •  Terdapat firma audit yang berdaftar dengan AOB selama beberapa tahun, namun belum pernah
                  menjalankan pengauditan penyata kewangan bagi sebarang PIE atau kumpulan wang jadual sepanjang
                  tempoh pendaftaran mereka. Ini menimbulkan persoalan sama ada firma audit tersebut benar-benar
                  berniat untuk menjalankan pengauditan penyata kewangan PIE atau kumpulan wang jadual.

               Sehubungan ini, pada 2018, AOB memulakan semakan terperinci terhadap kriteria pendaftarannya yang
               sedia ada untuk memastikan fokus pengawalannya kekal terkini dan relevan serta sejajar dengan bidang
               tumpuan yang dikenal pasti dalam Pelan Strategik AOB 2017-2020. Maklumat lanjut mengenai semakan
               tersebut akan dibentangkan dalam Laporan Pemeriksaan Tahunan AOB 2018.

               Diagram 2
               Kriteria Baharu Pendaftaran dengan AOB – Garis Masa Projek

                  Jan–Jun 2018              Jul 2018            Ogos 2018         Jan 2020

               Semakan terperinci      Pembabitan bersama   Mengumumkan        •   Kriteria Pendaftaran
               dijalankan ke atas      profesion audit, cth:    Kriteria Baharu    Baharu AOB berkuat
               kriteria pendaftaran AOB   Dialog bersama Badan-  Pendaftaran dalam sesi   kuasa sepenuhnya; dan
               yang sedia ada dengan   Badan Profesional.  Perbincangan Tahunan
               mempertimbangkan:                           AOB dengan Juruaudit   •   Semua firma audit dan
                                                           PIE dan Kumpulan        juruaudit individu yang
               •   Pengalaman dan                          Wang Jadual.            ingin berdaftar atau
                   pemerhatian                                                     berdaftar dengan AOB
                   pemeriksaan AOB                                                 dikehendaki mematuhi
                   sehingga kini.         Kriteria Baharu Pendaftaran berkuat      sepenuhnya Kriteria
                                          kuasa pada 16 Ogos 2018. Walau           Baharu Pendaftaran.
               •   Kajian bidang kuasa    bagaimanapun, firma audit dan juruaudit
                   dan pengalaman         individu yang telah berdaftar dengan AOB
                   pengawal selia audit   setakat 16 Ogos 2018 diberi lanjutan
                   lain.                  masa sehingga 1 Januari 2020 untuk
                                          memastikan pematuhan terhadap kriteria
                                          baharu tersebut.





      12  |  BAHAGIAN SATU  MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL





   LT AOB BHG 1.indd   12                                                                                   10/04/2019   4:41 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19