Page 12 - AOB 2018 (BM)
P. 12

LEMBAGA
    PEMANTAUAN
       AUDIT
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018





               Malaysia Berada pada Kedudukan Teratas dalam Bidang

               Juruaudit dan Pengawal Selia Audit dalam CG Watch 2018



               Dalam Laporan CG Watch 2018 oleh ACGA, Malaysia muncul sebagai yang paling menyerlah apabila
               menduduki ke tempat keempat terbaik pada tahun ini daripada tempat keenam pada 2016, selepas
               Australia, Hong Kong dan Singapura. Laporan ini merupakan hasil tinjauan setiap dua tahun oleh
               ACGA dan CLSA Limited (CLSA) ke atas 12 negara Asia termasuk Australia.

               Malaysia memperoleh skor yang melebihi skor purata serantau bagi beberapa bidang termasuk
               kekukuhan peraturan bagi penzahiran korporat, tadbir urus serta penguatkuasaan. Malaysia juga
               memperoleh skor tertinggi (sama seperti Australia) bagi kualiti perakaunan, piawaian dan amalan
               pengauditan serta keberkesanan pengawalseliaan audit.

               AOB turut diiktiraf sebagai salah satu pengawal selia audit yang paling berkesan di rantau ini dan
               komunikator terbaik.




                Carta 1
                Juruaudit dan pengawal selia audit: skor mengikut pasaran

                  90
                  80
                  70
                  60

                 %   50
                  40
                  30
                  20
                  10
                   0
                         Australia  Malaysia  Singapura  Hong Kong  Jepun  Thailand  Taiwan  Korea  Filipina  Indonesia  China  India





                  Sumber: ACGA

               ACGA memberi pujian kepada AOB bagi Laporan Pemeriksaan Tahunan 2017 pertamanya yang
               dikeluarkan pada 2018, yang memperincikan program pemeriksaannya, dan maklumat mengenai
               struktur dan amalan industri audit. ACGA juga menyatakan bahawa laporan pemeriksaan tersebut
               menjadi contoh yang baik bagi rantau ini.

               Tindakan penguatkuasaan AOB serta Kriteria Baharu Pendaftaran telah dikenal pasti sebagai proaktif.

               Ini merupakan edisi ke-9 Laporan CG Watch.








      10  |  BAHAGIAN SATU  MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL





   LT AOB BHG 1.indd   10                                                                                   10/04/2019   4:41 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17