Page 16 - AOB 2018 (BM)
P. 16
LEMBAGA
PEMANTAUAN
AUDIT
LAPORAN
TAHUNAN
2018
MEMPERKASA TUMPUAN TERHADAP PEMERIKSAAN
BERASASKAN RISIKO
Selaras dengan Seksyen 31V (1) Bahagian IIIA Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), AOB
menjalankan pemeriksaan lazim ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual dengan objektif untuk
menggalakkan pengauditan berkualiti tinggi dan penyata kewangan yang teraudit yang andal.
Dalam membangunkan dan melaksanakan program pemeriksaannya, AOB mengamalkan pendekatan berasaskan
risiko yang mengambil kira kesan kegagalan audit terhadap pasaran modal dan keyakinan orang ramai.
Maklumat lanjut mengenai program pemeriksaan, termasuk pemerhatian pemeriksaan yang umum,
analisis trend dan usaha pemulihan yang diambil oleh firma audit yang diperiksa akan dibentangkan secara
berasingan dalam Laporan Pemeriksaan Tahunan AOB 2018.
Diagram 3
Liputan Pemeriksaan 2018
6 Firma Audit Utama 7 Firma Audit Lain
16 juruaudit 11 juruaudit
individu individu
16 tugasan 13 tugasan
audit audit
14 | BAHAGIAN SATU MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL
LT AOB BHG 1.indd 14 10/04/2019 4:41 PM