Page 54 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 54

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018








                       Semakan  tematik  ke  atas  Pengurusan  Risiko  Kecairan



                              LATAR BELAKANG                                         HASIL PENYELIAAN

                         Pada 2018, IOSCO mengeluarkan satu set amalan terbaik   Mengeluarkan panduan kepada industri untuk
                         dan cadangan untuk menguruskan risiko kecairan skim   meningkatkan amalan LRM CIS terbuka.
                         pelaburan kolektif (CIS) untuk melindungi kepentingan
                         pelabur, terutamanya dalam keadaan tekanan pasaran
                         dan untuk mengurangkan risiko sistemik.

                         Berikutan saranan IOSCO, SC menjalankan kajian tematik
                         mengenai rangka kerja pengurusan risiko kecairan (LRM)
                         dana CIS.




                              PEMERHATIAN

                         •   Risiko kecairan dalam sektor pengurusan dana kekal diurus dengan baik, dan amnya, syarikat pengurusan dana
                             telah mengambil langkah untuk meningkatkan rangka kerja pengurusan risiko kecairan mereka.

                         •   Dalam fasa merekabentuk produk, kebanyakan syarikat pengurusan dana mempertimbangkan risiko kecairan
                             dan menilai keupayaan untuk memenuhi keperluan kecairan yang berkaitan yang diguna pakai kepada CIS.
                             Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk meningkatkan dasar dan prosedur untuk membimbing para
                             pengurus dalam keputusan mereka.

                         •   Syarikat pengurusan dana menetapkan petunjuk atau had kecairan dalaman dan secara berterusan menilai
                             kedudukan kecairan dana terhadap had-had ini. Walau bagaimanapun, kecanggihan petunjuk boleh
                             dipertingkatkan untuk mengukuhkan pengawasan terhadap profil kecairan setiap dana.

                         •   Semua institusi kewangan yang penting secara sistematik (SIFI) dan sebilangan pengurus dana lain melaksanakan
                             ujian tekanan kecairan dana mereka secara berterusan.

                         •   Sesetengah syarikat pengurusan dana telah menyediakan pelan luar jangka bagi memastikan bahawa
                             instrumen pengurusan kecairan boleh dilaksanakan dengan cepat dan teratur sekiranya berlaku kegagalan yang
                             berpotensi untuk melakukan penebusan dalam tempoh yang ditetapkan.























                   44  | BAHAGIAN 2 »» MEMBENTUK TATALAKU PASARAN





              36-61 BM.indd   44                                                                                          3/1/19   5:11 PM
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59