Page 55 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 55

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018








                           Semakan  tematik  KE  ATAS  waran  berstruktur



                                  LATAR BELAKANG                                        HASIL PENYELIAAN

                             Pasaran waran berstruktur Malaysia telah berkembang   Mengeluarkan pekeliling industri mengenai
                             sepanjang beberapa tahun disokong oleh minat pelabur   amalan terbaik bagi:
                             runcit yang meningkat. Antara tahun 2014 dan 2017,
                             perolehan tahunan waran berstruktur meningkat       •   Penilaian kecairan oleh penerbit ketika reka
                             sebanyak 177% daripada RM2.35 bilion kepada             bentuk produk; dan
                             RM6.51 bilion dengan waran berstruktur tahunan yang   •   Pembuatan pasaran dan aktiviti lindung
                             diterbitkan  meningkat sebanyak 69.4% daripada 546      nilai penerbit.
                             kepada 925 terbitan.

                             Satu semakan tematik telah dijalankan pada 2018
                             untuk menilai kecukupan dan ketekalan langkah
                             kawalan yang disediakan kepada penerbit bagi
                             memastikan kestabilan pasaran.


                                 PEMERHATIAN

                            •   Pada amnya, terdapat volum saham pendasar yang mencukupi yang dipilih oleh penerbit bagi membolehkan
                                aktiviti lindung nilai dan pembubaran lindung nilai yang teratur.

                            •   Penerbit memastikan pematuhan terhadap peraturan dan keperluan terhadap pembuatan pasaran yang
                                bertujuan untuk menyediakan kecairan bagi pelabur untuk menjual waran berstruktur mereka di pasaran pada
                                harga yang munasabah.

                            •   Beberapa bidang penambahbaikan termasuk keperluan untuk pertimbangan dan perbincangan yang lebih
                                mendalam tentang impak pasaran yang berpotensi daripada aktiviti lindung nilai dan pembubaran. Dasar dan
                                prosedur mengenai penilaian kecairan dan proses reka bentuk waran berstruktur juga boleh diperkukuh untuk
                                mengelakkan pegangan saham yang besar apabila hampir kepada tarikh tamat waran berstruktur.

                            •   Kajian semula terhadap tingkah laku pelabur menunjukkan bahawa pelabur dalam waran berstruktur
                                mempunyai kefahaman yang munasabah mengenai produk tersebut.  Bagaimanapun, sesetengah pelabur
                                menunjukkan kecenderungan kepada pengelakan kerugian, menyebabkan mereka gagal mengurangkan
                                kerugian walaupun waran mereka kehilangan nilai yang banyak dan menghampiri tempoh matang.






















                                                                                       BAHAGIAN 2 »» MEMBENTUK TATALAKU PASARAN  |  45






              36-61 BM.indd   45                                                                                          3/1/19   5:11 PM
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60