Page 17 - AOB 2018 (BM)
P. 17

LEMBAGA
                                                                                                           PEMANTAUAN
                                                                                                              AUDIT
                                                                                                            LAPORAN
                                                                                                           TAHUNAN
                                                                                                            2018







                  Sorotan Pemeriksaan 2018


                  •   Menjalankan pemeriksaan lazim dengan tumpuan kepada trend ekonomi, kebimbangan pasaran
                      dan perkembangan dalam bidang audit, perakaunan dan pengawalseliaan berikut:

                      –   Pelaksanaan tahun kedua Piawaian Pelaporan Juruaudit yang Baharu dan Disemak Semula
                          yang berkuat kuasa untuk audit bagi tahun penyata kewangan berakhir pada atau selepas
                          15 Disember 2016;

                      –   PIE yang menghadapi isu usaha berterusan perniagaan; dan


                      –   Penggunaan instrumen Analitik Data (DA) oleh Empat Firma Audit Besar.

                  •   Meningkatkan bilangan pemeriksaan khas sebagai maklum balas terhadap risiko yang baru dikenal
                      pasti pada 2018.

                  •   Tindakan yang dilaksanakan pada 2018 meliputi:


                      –   Mengenakan syarat tambahan pendaftaran terhadap firma audit dan juruaudit individu yang
                          telah diperiksa sementara menunggu prosiding penguatkuasaan berakhir. Tindakan tegas
                          ini dilaksanakan buat kali pertama oleh AOB kerana pemerhatian pemeriksaan yang sangat
                          serius dan untuk mengurangkan risiko potensi kegagalan dan kesan kepada pasaran modal;


                      –   Langkah pemulihan khusus dikenakan ke atas firma audit dan juruaudit individu tertentu yang
                          telah diperiksa; dan


                      –   Merujuk firma audit dan juruaudit individu tertentu yang telah diperiksa termasuk rakan
                          kongsi EQCR kepada Jabatan Penguatkuasaan SC kerana hasil pemerhatian pemeriksaan yang
                          sangat serius.

                  •   Penerbitan Laporan Pemeriksaan Tahunan AOB 2017 yang pertama dan seterusnya pengedaran
                      laporan tersebut kepada semua PLC dalam usaha untuk memudah cara dan meningkatkan
                      komunikasi dan pembabitan bersama antara Lembaga Pengarah dan / atau Jawatankuasa Audit
                      dengan juruaudit mereka. AOB amat menggalakkan lembaga pengarah dan jawatankuasa audit
                      mereka untuk memahami dan membincangkan pemerhatian dan trend yang dinyatakan dalam
                      laporan ini bersama dengan juruaudit masing-masing untuk memastikan bahawa bidang risiko
                      khusus kepada entitinya dapat ditangani dengan secukupnya.















                                               BAHAGIAN SATU  MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL  |  15





   LT AOB BHG 1.indd   15                                                                                   10/04/2019   4:41 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22