Page 21 - AOB 2018 (BM)
P. 21
LEMBAGA
PEMANTAUAN
AUDIT
LAPORAN
TAHUNAN
2018
KOMUNIKASI DAN KERJASAMA YANG BERKESAN DENGAN
PIHAK BERKEPENTINGAN
Kualiti pelaporan kewangan merupakan tanggungjawab bersama antara pengarah, pengurusan, juruaudit,
dan pengawal selia. Pada 2018, AOB terus berhubung dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.
Penglibatan dan sumbangan berterusan AOB di peringkat global dan serantau menerusi Forum Pengawal
Selia Audit Bebas Antarabangsa (IFIAR) dan Kumpulan Pengawal Selia Audit ASEAN (AARG) memudah cara
perkongsian bersama maklumat mengenai amalan terbaik pengawalseliaan audit. AOB berkongsi trend dan
amalan baik di Malaysia hasil pemerhatian daripada kajian bersama AOB, MIA dan ACCA mengenai Laporan
Juruaudit yang Dipertingkatkan: Semakan Pengalaman Pelaksanaan Tahun Pertama di Malaysia yang
dilancarkan pada Januari 2018. AOB kemudiannya berkongsi pengalamannya dengan rakan-rakan pengawal
selia yang berminat untuk menjalankan kajian yang sama di negara masing-masing.
Diagram 7
Usaha-usaha kerjasama dan pembinaan kapasiti AOB pada 2018
Pengarah dan Pengurusan
• Kerjasama erat bersama Jabatan Pemantauan Korporat SC dan Bursa Malaysia untuk pembabitan
bersama pengarah dan pengurusan PLC serta berkongsi masalah dan pemerhatian utama yang
ditemui semasa AOB menjalankan pemeriksaan.
Juruaudit
• Terus berkongsi keperluan kawal selia AOB dan pemerhatian pemeriksaan yang umum melalui sesi
pengucapan dan Perbincangan Tahunan AOB dengan Juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual.
• Pembabitan Bersama profesion audit untuk mengenal pasti penyelesaian untuk menangani
pemerhatian pemeriksaan yang umum, cth. melalui Dialog dengan Badan-badan Profesional.
Pengawal selia
• Meningkatkan kerjasama dengan Jabatan Akauntan Negara untuk memperkasa proses pelesenan
audit
• Mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat serantau untuk menyumbang buah fikiran
dan kebimbangan kawal selia berdasarkan pengalaman AOB yang berkaitan dengan kertas
rundingan, Strengthening the Governance and Oversight on the International Audit-Related
Standard Setting Boards in the Public Interest, yang dikeluarkan oleh Monitoring Group
1
• Berkongsi pengalaman penting pemantauan audit dan pengawalseliaan dengan pihak berkuasa
luar seperti Kementerian Kewangan Republik Rakyat China, Lembaga Pemantauan Audit Pakistan
dan Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi
1 The Monitoring Group terdiri daripada Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), Jawatankuasa Penyeliaan Perbankan
Basel (BCBS), Suruhanjaya Eropah (EC), Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB), Persatuan Penyelia Insurans Antarabangsa (IAIS) dan
Kumpulan Bank Dunia (WBG) dan IFIAR.
BAHAGIAN SATU MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL | 19
LT AOB BHG 1.indd 19 10/04/2019 4:41 PM