Page 18 - AOB 2018 (BM)
P. 18

LEMBAGA
    PEMANTAUAN
       AUDIT
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018




            KEPUTUSAN PENGUATKUASAAN YANG TERTUMPU DAN

            BERKESAN




            Buat kali pertama, pada 2018 AOB telah mengenakan sekatan terhadap juruaudit kerana gagal menjalankan
            tugas mereka sebagai rakan kongsi EQCR dengan berkesan dan AOB juga menarik balik pengiktirafan firma
            audit dan juruaudit individu asing.

            Rakan kongsi EQCR memainkan peranan penting dalam proses kawalan kualiti sesuatu pengauditan dan
            juga kunci untuk menjaga kualiti audit. Tindakan ke atas rakan kongsi EQCR mengukuhkan tanggungjawab
            pengawasan dalam sesuatu tugasan audit.

            Tindakan penguatkuasaan yang dikenakan oleh AOB sepadan dengan sifat dan tahap keseriusan kesalahan.
            AOB mengenakan tindakan yang lebih tegas dalam kes-kes melibatkan pelbagai kegagalan untuk
            melaksanakan prosedur audit, kegagalan dalam hal audit utama, kegagalan untuk bekerjasama, serta
            menyediakan maklumat yang benar dan tepat pada masanya kepada SC, kegagalan untuk kekal layak dan
            sesuai dan kegagalan mematuhi piawaian etika.

            Dalam menentukan tindakan penguatkuasaan yang sesuai, AOB mempertimbangkan hasil yang ingin
            dicapai. Untuk mengurangkan risiko kegagalan kepada pasaran modal di masa hadapan, AOB mengenakan
            sekatan terhadap juruaudit dan firma audit berdaftar daripada mengaudit sebarang PIE atau kumpulan wang
            jadual dan/atau menerima mana-mana PIE dan kumpulan wang jadual sebagai pelanggan. Ini termasuk
            situasi di mana AOB mendapati  firma audit dan/atau juruaudit kekurangan kapasiti dan keupayaan yang
            mungkin memberi kesan kepada kualiti pengauditan PIE dan kumpulan wang jadual. Tempoh sekatan
            ditentukan oleh AOB setelah mempertimbangkan fakta kes tersebut.


            Penalti kewangan dikenakan sebagai langkah pencegahan dan memberi isyarat tegas kepada juruaudit dan
            pihak berkepentingan kesalahan tidak mematuhi piawaian pengauditan, undang-undang dan peraturan
            adalah dianggap serius oleh AOB.


            Diagram 4
            Tindakan Penguatkuasaan pada 2018



                         1                     2                   6*                    5 #
                    Pembatalan             Penarikan             Sekatan               Celaan
                    Pendaftaran          pengiktirafan



                          Bilangan Tindakan                       14

                   Penguatkuasaan pada 2018



            Nota:   *Daripada 6 Sekatan, 4 termasuk penalti kewangan berjumlah RM475,000.
                   #  Daripada 5 Celaan, 1 termasuk penalti kewangan sebanyak RM225,000.




      16  |  BAHAGIAN SATU  MEMUPUK PENGAUDITAN BEBAS BERKUALITI TINGGI DALAM PASARAN MODAL





   LT AOB BHG 1.indd   16                                                                                   10/04/2019   4:41 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23