Page 40 - AOB 2018 (BM)
P. 40

Lembaga
     Pemantauan
       Audit
    LAPORAN      LEMBAGA  PEMANTAUAN  AUDIT
    TAHUNAN
     2018        NOTA-NOTA  KEPADA  PENYATA  KEWANGAN





            1.    Umum

                  Pada 1 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menubuhkan Lembaga Pemantauan Audit (AOB)
                  di bawah seksyen 31C dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA). AOB ditubuhkan bagi
                  tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 31B dalam Akta, iaitu:


                  a.    Untuk menggalakkan dan membangunkan kerangka kerja pemantauan audit yang efektif dan
                        teguh di Malaysia,
                  b.    Untuk meningkatkan keyakinan dalam kualiti dan keandalan penyata kewangan teraudit di
                        Malaysia,
                  c.    Untuk mengawal selia juruaudit bagi entiti kepentingan awam, dan
                  d.     Untuk menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan
                        berhubung dengan maklumat kewangan, yang dikehendaki untuk dikemukakan di bawah
                        undang-undang sekuriti, garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau kaedah-kaedah
                        bursa saham, oleh suatu:


                       (i)   entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;
                       (ii)   entiti bukan berkepentingan awam yang memohon kelulusan untuk menjadi suatu
                             syarikat awam tersenarai atau suatu  perbadanan  disenaraikan di bursa saham; atau
                       (iii)   kumpulan wang tidak berjadual yang memohon kelulusan untuk menjadi suatu
                             kumpulan wang jadual.

                  Untuk memudah cara tujuan yang dinyatakan di atas, sebuah dana, Dana AOB telah ditubuhkan di
                  bawah seksyen 31H SCMA. Dana AOB ini ditadbir oleh SC. SC memberikan sokongan pentadbiran
                  dan perakaunan kepada Dana AOB dan menyediakan akaun yang berasingan daripada akaun SC
                  menurut seksyen 31L(5) SCMA. SC akan terus menyediakan sokongan kewangan kepada AOB untuk
                  masa depan yang boleh dijangka.


            2.    Asas penyediaan


                  (a)   Penyata pematuhan

                        Penyata kewangan AOB telah disediakan menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia
                        (MFRS), dan menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa.

                        Berikut merupakan piawaian perakaunan, pindaan dan tafsiran rangka kerja yang telah
                        diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) belum diguna pakai oleh AOB:


                        MFRS, tafsiran dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada
                        atau selepas 1 Januari 2019


                       •     MFRS 16, Pajakan
                       •     Tafsiran IC 23, Ketidakpastian mengenai Rujukan Cukai Pendapatan
                       •     Pindaan ke atas MFRS 3, Kombinasi Perniagaan (Penambahbaikan Tahunan  kepada
                             Piawaian MFRS Kitaran 2015-2017)
                       •     Pindaan ke atas MFRS 9, Instrumen Kewangan – Ciri-ciri Prabayaran dengan Pampasan Negatif




      38  |  BAHAGIAN DUA  PENYATA





   LT AOB BHG 2.indd   38                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45