Page 42 - AOB 2018 (BM)
P. 42

Lembaga
     Pemantauan
       Audit
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018





                  (d)   Penggunaan anggaran dan pertimbangan

                        Penyediaan penyata kewangan menurut MFRS memerlukan pihak pengurusan membuat
                        keputusan, anggaran dan andaian yang akan memberi kesan kepada polisi perakaunan dan
                        jumlah yang dilaporkan bagi aset-aset, tanggungan, pendapatan dan perbelanjaan. Jumlah
                        sebenar mungkin berbeza dengan jumlah anggaran.

                        Anggaran dan dasar andaian akan disemak dan dipinda dari semasa ke semasa. Perubahan
                        ke atas anggaran perakaunan akan diambil kira di dalam tempoh di mana anggaran tersebut
                        diubah dan tempoh yang berkaitan di masa hadapan.


                        Tidak terdapat sebarang anggaran ketidakpastian dan keputusan penting dalam pengamalan
                        dasar-dasar perakaunan yang menyebabkan kesan yang ketara ke atas sebarang jumlah yang
                        diambilkira di dalam penyata kewangan.



            3.    Dasar-dasar perakaunan utama

                  Dasar-dasar perakaunan berikut diamalkan secara konsisten pada semua tempoh yang dibentangkan
                  di dalam penyata kewangan ini, dan diguna pakai secara konsisten oleh AOB, melainkan dinyatakan
                  sebaliknya.


                  Berikutan daripada penggunaan MFRS 15, Hasil daripada Kontrak Pelanggan dan MFRS 9, Instrumen
                  Kewangan, terdapat perubahan kepada dasar-dasar perakaunan:

                  (i)   instrumen kewangan;
                  (ii)   pengiktirafan pendapatan; dan
                  (iii)   kerugian rosotnilai instrumen kewangan

                  berbanding dengan yang diterima pakai dalam penyata kewangan terdahulu. Tiada kesan yang ketara
                  daripada penggunaan MFRS 15. Impak daripada penggunaan MFRS 9 didedahkan dalam Nota 14.

                  (a)   Instrumen kewangan

                        Kecuali dinyatakan secara khusus di bawah ini, AOB secara amnya menggunakan dasar-dasar
                        perakaunan berikut secara retrospektif. Walau bagaimanapun, seperti yang dibenarkan dalam
                        MFRS 9, Instrumen Kewangan, AOB telah memilih untuk tidak menyatakan semula perbandingan
                        tersebut.

                        (i)   Pengiktirafan dan pengukuran awal


                             Aset kewangan atau liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila,
                             dan hanya apabila, AOB menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen tersebut.


                             Tahun kewangan semasa

                             Aset kewangan atau liabiliti kewangan pada awalnya diukur pada nilai saksama tambah
                             atau tolak, untuk item yang tidak pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian,
                             kos transaksi yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan atau terbitannya.



      40  |  BAHAGIAN DUA  PENYATA





   LT AOB BHG 2.indd   40                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47