Page 43 - AOB 2018 (BM)
P. 43

Lembaga
                                                                                                            Pemantauan
                                                                                                              Audit
                                                                                                            LAPORAN
                                                                                                           TAHUNAN
                                                                                                            2018





                                Instrumen kewangan diiktiraf secara berasingan daripada kontrak utama  di dalam
                                keadaan di mana instrumen kewangan tidak diiktiraf pada nilai saksamanya melalui
                                untung atau rugi. Kontrak utama, sekiranya terbitan terbenam diiktiraf secara berasingan,
                                diambil kira mengikut dasar yang terpakai kepada sifat kontrak utama.


                                Tahun kewangan sebelum

                                Instrumen kewangan, diiktiraf dalam penyata kewangan bila dan hanya bila AOB menjadi
                                pihak yang terikat secara rasmi kepada peruntukan-peruntukan instrumen tersebut.

                                Instrumen kewangan diiktiraf pada permulaannya, pada nilai saksamanya tambah, di dalam
                                keadaan di mana instrumen kewangan tidak diiktiraf pada nilai saksamanya melalui
                                untung atau rugi, kos-kos transaksi yang boleh dianggap berkait langsung kepada
                                pemerolehan atau terbitan instrumen kewangan tersebut.

                           (ii)   Kategori instrumen kewangan dan pengukuran berikutnya


                                Aset kewangan

                                Tahun kewangan semasa

                                Kategori aset kewangan ditentukan berdasarkan pengiktirafan awal dan tidak dikelaskan
                                semula selepas pengiktirafan awalnya melainkan AOB mengubah model perniagaannya
                                untuk menguruskan aset kewangan yang mana semua aset kewangan yang terlibat
                                diklasifikasikan semula pada hari pertama tempoh pelaporan pertama berikutan
                                perubahan daripada model perniagaan.

                                Kos terlunas


                                Kategori kos terlunas terdiri daripada instrumen kewangan yang dipegang dalam model
                                perniagaan di mana objektif adalah untuk memegang aset bagi mengumpul aliran tunai
                                kontraktual dan terma kontraknya menimbulkan tarikh tertentu kepada aliran tunai yang
                                semata-mata untuk pembayaran prinsipal dan faedah ke atas jumlah prinsipal yang
                                belum dijelaskan. Aset kewangan tidak ditetapkan sebagai nilai saksama melalui
                                keuntungan atau kerugian. Berikutan pengiktirafan awal, aset kewangan ini diukur pada
                                kos pelunasan menggunakan kaedah faedah berkesan. Kos yang dilunaskan dikurangkan
                                dengan kerugian kemerosotan nilai. Pendapatan faedah, keuntungan dan kerugian
                                pertukaran asing diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Sebarang keuntungan atau
                                kerugian atas pembatalan pengiktirafan diiktiraf dalam untung atau rugi.

                                Pendapatan faedah diiktiraf dengan menggunakan kadar faedah berkesan kepada jumlah
                                bawaan kasar kecuali bagi aset kewangan terjejas kredit (lihat Nota 3(c)) di mana kadar
                                faedah berkesan digunakan untuk kos yang dilunaskan.


                                Tahun kewangan sebelum

                                Sebelum ini, AOB mengkategorikan instrumen kewangan mengikut MFRS 139, Instrumen
                                Kewangan: Pengiktirafan dan Pengukuran seperti yang berikut:



                                                                                              BAHAGIAN DUA  PENYATA  |  41





   LT AOB BHG 2.indd   41                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48