Page 41 - AOB 2018 (BM)
P. 41
Lembaga
Pemantauan
Audit
LAPORAN
TAHUNAN
2018
• Pindaan ke atas MFRS 11, Pengaturan Bersama (Penambahbaikan Tahunan kepada
Piawaian MFRS Kitaran 2015-2017)
• Pindaan ke atas MFRS 112, Cukai Pendapatan (Penambahbaikan Tahunan kepada
Piawaian MFRS Kitaran 2015-2017)
• Pindaan ke atas MFRS 119, Manfaat Kakitangan – Pelan Pindaan, Pemotongan atau
Penyelesaian
• Pindaan ke atas MFRS 123, Kos Peminjaman (Penambahbaikan Tahunan kepada Piawaian
MFRS Kitaran 2015-2017)
• Pindaan ke atas MFRS 128, Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha sama –
Kepentingan Jangka Panjang dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha sama
MFRS, tafsiran dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada
atau selepas 1 Januari 2020
• Pindaan ke atas MFRS 3, Kombinasi Perniagaan – Definisi Perniagaan
• Pindaan ke atas MFRS 101, Pembentangan Penyata Kewangan dan MFRS 108, Dasar
Perakaunan, Perubahan dalam Anggaran Perakaunan dan Kesilapan – Definisi Material
MFRS, tafsiran dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada
atau selepas 1 Januari 2021
• MFRS 17, Kontrak Insurans
MFRS, tafsiran dan pindaan yang berkuat kuasa bagi satu tarikh yang belum ditentukan
• Pindaan ke atas MFRS 10, Penyata Kewangan Gabungan: Entiti Pelaburan dan MFRS
128, Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha sama – Jualan atau Sumbangan Aset
Antara Pelabur dan Syarikat Bersekutu atau Usaha sama
AOB merancang mengguna pakai piawaian, pindaan dan interpretasi yang dinyatakan di atas
yang terpakai dan berkuat kuasa dari tempoh tahunan masing masing bermula pada atau
selepas 1 Januari 2019 dan 1 Januari 2020.
AOB tidak merancang untuk mengguna pakai MFRS 17, Kontrak Insurans yang berkuatkuasa
bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2021 disebabkan ianya tidak
berkenaan dengan AOB.
Impak permulaan piawaian, pindaan dan tafsiran lain dijangka tidak memberi sebarang kesan
kewangan yang ketara ke atas penyata kewangan tempoh semasa dan sebelum AOB.
(b) Asas pengukuran
Penyata kewangan ini disediakan berdasarkan kos sejarah melainkan yang dinyatakan dalam Nota 3.
(c) Matawang fungsi dan pembentangan
Penyata kewangan ini disediakan dalam ringgit Malaysia (RM), di mana ia merupakan mata
wang fungsian bagi AOB.
BAHAGIAN DUA PENYATA | 39
LT AOB BHG 2.indd 39 10/04/2019 4:35 PM