Page 44 - AOB 2018 (BM)
P. 44

Lembaga
     Pemantauan
       Audit
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018





                             Pinjaman dan penghutang

                             Aset-aset kewangan dikategorikan sebagai pinjaman dan penghutang adalah diukur
                             berikutnya pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah berkesan.


                             Semua aset kewangan tertakluk kepada semakan semula bagi elaun rosot nilai (lihat Nota
                             3(c)).

                             Liabiliti kewangan

                             Tahun kewangan semasa


                             Kategori liabiliti kewangan pada pengiktirafan awal adalah seperti berikut:

                             Kos terlunas

                             Liabiliti kewangan tidak dikategorikan pada nilai saksama melalui keuntungan atau
                             kerugian adalah diukur pada kos terlunas menggunakan kaedah faedah berkesan.

                             Perbelanjaan faedah adalah diiktiraf dalam untung atau rugi. Keuntungan atau kerugian
                             atas pembatalan pengiktirafan turut diiktiraf dalam untung atau rugi.

                             Tahun sebelum

                             Semua liabiliti kewangan adalah diukur pada nilai kos dilunaskan.


                        (iii)   Pembatalan pengiktirafan

                             Aset kewangan atau sebahagiannya dibatalkan pengiktirafan bila, dan hanya bila, hak
                             kontraktual kepada aliran tunai daripada aset kewangan tamat tempoh atau aset kewangan
                             telah dipindahkan kepada pihak lain tanpa pengekalan kawalan atau sebahagian besar
                             semua risiko dan manfaat aset tersebut. Pada ketika pembatalan pengiktirafan, perbezaan
                             diantara nilai dibawa dan jumlah pembayaran yang diterima (termasuk sebarang aset
                             baru yang diperolehi ditolak sebarang liabiliti baru berkait) dan sebarang untung atau rugi
                             terhimpun yang telah diiktiraf dalam ekuiti, diiktiraf dalam untung atau rugi.

                             Liabiliti kewangan atau sebahagiannya dibatalkan pengiktirafan bila, dan hanya bila,
                             tanggungjawab yang dikhususkan di dalam kontrak telah disempurnakan, dibatalkan atau
                             tamat tempoh. Pada ketika pembatalan pengiktirafan, perbezaan diantara nilai dibawa
                             liabiliti kewangan dipadamkan atau dipindahkan kepada pihak lain dan penjelasan dibayar,
                             termasuk aset bukan tunai dipindah atau liabiliti berkait, diiktiraf dalam untung atau rugi.

                        (iv)  Mengofset


                             Aset kewangan dan liabiliti kewangan akan diofset dan jumlah bersih dibentangkan di
                             penyata kewangan kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila, AOB mempunyai hak
                             yang boleh dikuatkuasakan secara sah untuk mengofset jumlah tersebut, sama ada untuk
                             menyelesaikannya secara bersih atau untuk merealisasikan aset dan liabiliti secara serentak



      42  |  BAHAGIAN DUA  PENYATA





   LT AOB BHG 2.indd   42                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49