Page 134 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 134

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                   MFRS, tafsiran dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada
                                   atau selepas 1 Januari 2021
                                   •    MFRS 17, Kontrak Insurans

                                   MFRS, tafsiran dan pindaan yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada
                                   atau selepas satu tarikh yang belum ditentukan
                                   •    Pindaan ke atas MFRS 10, Penyata Kewangan Gabungan: Entiti Pelaburan dan MFRS 128,
                                        Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha Sama – Jualan atau Sumbangan Aset
                                        Antara Pelabur dan Syarikat Bersekutu atau Usaha sama

                                   SC merancang untuk mengguna pakai piawaian, pindaan dan tafsiran yang telah boleh diguna
                                   pakai dan efektif dari tempoh tahunan masing- masing bermula pada atau selepas 1 Januari
                                   2019 dan 1 Januari 2020.

                                   SC tidak merancang untuk mengguna pakai MFRS 17, Kontrak Insurans yang berkuat kuasa
                                   bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2021 disebabkan tidak berkenaan
                                   dengan SC.

                                   Gunapakai permulaan piawaian, pindaan dan tafsiran lain dijangka tidak memberi sebarang
                                   kesan kewangan yang penting ke atas penyata kewangan tempoh semasa.


                             (b)  Asas pengukuran


                                   Penyata kewangan SC disediakan mengikut asas kos sejarah, kecuali yang dinyatakan dalam
                                   Nota 2.


                             (c)  Mata wang fungsi dan pembentangan


                                   Penyata kewangan ini dibentangkan dalam ringgit Malaysia (RM), yang merupakan mata wang
                                   fungsi SC. Semua maklumat kewangan dinyatakan dalam RM dan dibundarkan kepada nilai
                                   ribu terdekat, melainkan dinyatakan sebaliknya.


                             (d)  Penggunaan anggaran dan pertimbangan

                                   Penyediaan penyata kewangan dalam pematuhan dengan MFRS memerlukan pengurusan
                                   membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang menjejaskan pemakaian dasar
                                   perakaunan dan amaun aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan yang dilaporkan. Keputusan
                                   sebenar mungkin berbeza daripada anggaran ini.

                                   Anggaran dan andaian asas disemak secara berterusan. Penyemakan anggaran perakaunan
                                   dikira dalam tempoh anggaran tersebut disemak dan dalam mana-mana tempoh akan datang
                                   yang berkenaan.

                                   Tidak terdapat perkara ketidakpastian ketara pada anggaran dan pertimbangan kritikal dalam
                                   mengguna pakai dasar perakaunan yang mempunyai kesan ke atas amaun yang dikira dalam
                                   penyata kewangan kecuali seperti yang berikut:









                   124  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   124                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139