Page 135 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 135

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                                      (i)   Manfaat persaraan

                                           Peruntukan ini ditentukan dengan penilaian aktuari yang disediakan oleh aktuari bebas.
                                           Penilaian aktuari melibatkan andaian mengenai kadar diskaun, kadar inflasi perubatan,
                                           umur persaraan dan jangka hayat. Oleh itu, jumlah peruntukan anggaran ini tertakluk
                                           kepada ketidakpastian yang ketara. Andaian yang digunakan untuk menganggarkan
                                           peruntukan adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 9.

                                      (ii)   Pengukuran jangkaan kerugian kredit (ELC) dan nilai saksama instrumen
                                           kewangan

                                           Pengukuran ECL dan nilai saksama instrumen kewangan melibatkan andaian mengenai
                                           kebarangkalian kegagalan untuk memenuhi kewajipan untuk membayar balik. Oleh itu,
                                           jumlah anggaran ini adalah tertakluk kepada ketidakpastian yang ketara. Andaian yang
                                           digunakan untuk menganggarkan jumlah tersebut seperti yang dinyatakan dalam Nota
                                           19.


                          2.    Dasar-dasar perakaunan utama


                                Dasar perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna secara konsisten dalam tempoh yang
                                dibentangkan dalam penyata kewangan ini, dan telah diguna secara konsisten oleh SC, melainkan
                                dinyatakan sebaliknya.

                                Berikutan daripada penggunaan MFRS 15, Hasil daripada Kontrak dengan Pelanggan dan MFRS 9,
                                Instrumen Kewangan, terdapat perubahan kepada dasar-dasar perakaunan:

                                (i)   instrumen kewangan;
                                (ii)   pengiktirafan pendapatan; dan
                                (iii)   kerugian rosotnilai instrumen kewangan

                                berbanding dengan yang diterima pakai dalam penyata kewangan terdahulu. Tiada kesan yang ketara
                                daripada penggunaan MFRS 15. Kesan yang timbul daripada penggunaan MFRS 9 didedahkan dalam
                                Nota 21.


                                (a)  Instrumen kewangan


                                      Kecuali dinyatakan secara khusus di bawah ini, SC secara amnya menggunakan dasar-dasar
                                      perakaunan berikut secara retrospektif. Walau bagaimanapun, seperti yang dibenarkan dalam
                                      MFRS 9, Instrumen Kewangan, SC telah memilih untuk tidak menyatakan semula perbandingan
                                      tersebut.

                                      (i)   Pengiktirafan dan pengukuran awal

                                           Aset kewangan atau liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan
                                           apabila, dan hanya apabila, SC menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen
                                           tersebut.










                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  125






              92-225 BM.indd   125                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140