Page 139 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 139
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
(iii) Susut nilai
Susut nilai dikira berdasarkan kos aset tolak nilai bakinya. Komponen ketara aset individu
dinilai, dan jika suatu komponen mempunyai hayat berguna yang berbeza daripada baki
aset, maka komponen tersebut disusut nilai berasingan.
Susut nilai dikira dalam keuntungan atau kerugian berdasarkan kaedah garis lurus bagi
anggaran hayat berguna bagi setiap komponen unit harta, kelengkapan dan peralatan
dari tarikh ia tersedia untuk digunakan. Aset pajakan disusut nilai dalam tempoh
pajakan yang lebih pendek dan hayat bergunanya melainkan, secara munasabah, dapat
ditentukan bahawa SC akan mendapat pemilikan pada penghujung tempoh pajakan.
Loji dan peralatan masih dalam pembinaan tidak disusutnilai sehingga aset tersebut sedia
digunakan.
Anggaran hayat berguna bagi tahun semasa dan tahun bandingan adalah seperti yang
berikut:
Tanah pajakan Tempoh pajakan selama 99
tahun berakhir pada 2094
Bangunan 50 tahun
Peralatan pejabat, perabut dan kelengkapan 5 – 10 tahun
Komputer dan sistem aplikasi 3 tahun
Kenderaan bermotor 5 tahun
Kaedah susut nilai, tempoh hayat berguna dan nilai baki disemak pada penghujung
tempoh pelaporan dan dilaraskan menurut kesesuaian.
(c) Tunai dan setara tunai
Tunai dan setara tunai terdiri daripada tunai dalam tangan, baki dan simpanan di bank yang
mempunyai risiko tidak ketara dalam perubahan nilai saksama dengan kematangan asal tiga
bulan atau kurang, dan digunakan oleh SC dalam pengurusan komitmen jangka pendeknya.
Untuk tujuan penyata aliran tunai, tunai dan setara tunai dinyatakan selepas ditolak deposit
terhad.
(d) Rosot nilai
(i) Aset kewangan
Melainkan dinyatakan secara khusus di bawah, SC secara amnya menggunakan dasar-
dasar perakaunan berikut secara retrospektif. Walau bagaimanapun, seperti yang
dibenarkan oleh MFRS 9, Instrumen Kewangan, SC memilih untuk tidak menyatakan
semula perbandingan tersebut.
Tahun kewangan semasa
SC mengiktiraf elaun kerugian yang dijangka kerugian kredit ke atas aset kewangan yang
diukur pada kos yang dilunaskan. Kerugian kredit yang dijangkakan adalah anggaran
wajaran kerugian kredit.
SC mengukur elaun kerugian pada jumlah yang sama dengan jangkaan kerugian kredit
sepanjang hayat, kecuali sekuriti hutang yang ditentukan untuk mempunyai risiko kredit
yang rendah pada tarikh laporan, tunai dan kesamaan tunai yang mana risiko kredit tidak
BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi | 129
92-225 BM.indd 129 3/1/19 5:16 PM