Page 136 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 136

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                        Tahun kewangan semasa

                                        Aset kewangan atau liabiliti kewangan pada awalnya diukur pada nilai saksama tambah
                                        atau tolak, untuk item yang tidak pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian,
                                        kos transaksi yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan atau terbitannya.
                                        Penghutang perdagangan tanpa komponen pembiayaan penting pada awalnya diukur
                                        pada harga transaksi.

                                        Instrumen kewangan diiktiraf secara berasingan daripada kontrak utama di dalam
                                        keadaan di mana instrumen kewangan tidak diiktiraf pada nilai saksamanya melalui
                                        untung atau rugi. Kontrak utama, sekiranya terbitan terbenam diiktiraf secara berasingan,
                                        diambil kira mengikut dasar yang terpakai kepada sifat kontrak utama.

                                        Tahun kewangan sebelumnya

                                        Instrumen kewangan diiktiraf pada awalnya, diukur pada nilai saksama tambah atau
                                        tolak, untuk item yang tidak pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, kos
                                        transaksi yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan atau terbitannya.

                                        Instrumen kewangan diiktirafkan berasingan daripada kontrak utama dan diambil kira
                                        sebagai derivatif sekiranya instrumen tidak berkait dengan ciri ekonomi dan risiko kontrak
                                        utama dan tidak diiktiraf pada nilai saksamanya melalui untung atau rugi. Kontrak utama,
                                        untuk instrumen kewangan yang diiktirafkan berasingan, diambil kira mengikut dasar
                                        yang dipakai kepada sifatnya.



                                   (ii)   Kategori instrumen kewangan dan pengukuran berikutnya

                                        Aset kewangan

                                        Tahun kewangan semasa

                                        Kategori aset kewangan ditentukan berdasarkan pengiktirafan awal dan tidak dikelaskan
                                        semula selepas pengiktirafan awalnya melainkan SC mengubah model perniagaannya
                                        untuk menguruskan aset kewangan di mana semua aset kewangan yang terlibat
                                        diklasifikasikan semula pada hari pertama tempoh pelaporan pertama berikutan
                                        perubahan daripada model perniagaan.

                                        (a)   Kos terlunas

                                              Kategori kos terlunas terdiri daripada instrumen kewangan yang dipegang
                                              dalam model perniagaan di mana objektif adalah untuk memegang aset bagi
                                              mengumpul aliran tunai kontraktual dan terma kontraknya menimbulkan tarikh
                                              tertentu kepada aliran tunai yang semata-mata untuk pembayaran prinsipal dan
                                              faedah ke atas jumlah prinsipal yang belum dijelaskan. Aset kewangan tidak
                                              ditetapkan sebagai nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian. Berikutan
                                              pengiktirafan awal, aset kewangan ini diukur pada kos pelunasan menggunakan
                                              kaedah faedah berkesan. Kos yang dilunaskan dikurangkan dengan kerugian
                                              kemerosotan nilai. Pendapatan faedah, keuntungan dan kerugian pertukaran asing
                                              diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Sebarang keuntungan atau kerugian
                                              atas pembatalan pengiktirafan diiktiraf dalam untung atau rugi.






                   126  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   126                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141