Page 138 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 138

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                        pengiktirafan, perbezaan diantara nilai dibawa dan jumlah pembayaran yang diterima
                                        (termasuk sebarang aset baru yang diperolehi ditolak sebarang liabiliti baru berkait) dan
                                        sebarang keuntungan atau kerugian terhimpun yang telah diiktiraf dalam ekuiti, diiktiraf
                                        dalam keuntungan atau kerugian.

                                        Liabiliti kewangan atau sebahagiannya dibatalkan pengiktirafan bila, dan hanya bila,
                                        tanggungjawab yang dikhususkan di dalam kontrak telah disempurnakan, dibatalkan
                                        atau tamat tempoh. Pada ketika pembatalan pengiktirafan, perbezaan diantara nilai
                                        dibawa liabiliti kewangan dipadamkan atau dipindahkan kepada pihak lain dan
                                        penjelasan dibayar, termasuk aset bukan tunai dipindah atau liabiliti berkait, diiktiraf
                                        dalam keuntungan atau kerugian.

                                   (iv)   Mengofset

                                        Aset kewangan dan liabiliti kewangan akan diofset dan jumlah bersih dibentangkan di
                                        penyata kewangan kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila, SC mempunyai
                                        hak yang boleh dikuatkuasakan secara sah untuk mengofset jumlah tersebut, sama ada
                                        untuk menyelesaikannya secara bersih atau untuk merealisasikan aset dan liabiliti secara
                                        serentak.


                             (b)  Harta, kelengkapan dan peralatan

                                   (i)   Pengiktirafan dan pengukuran

                                        Item harta, kelengkapan dan peralatan dinyatakan pada kos tolak apa-apa susut nilai
                                        terkumpul dan apa-apa rosot nilai terkumpul.
                                        Kos termasuk perbelanjaan yang secara langsung menyebabkan pemerolehan aset
                                        dan apa-apa kos lain yang secara langsung membawa aset kepada keadaan bekerja
                                        bagi kegunaan yang dirancang, dan kos merungkai dan menanggalkan item tersebut
                                        dan memulihkan tapak tempat ia diletakkan. Perisian yang dibeli yang penting kepada
                                        kefungsian kelengkapan yang berkaitan dipermodalkan sebagai sebahagian daripada
                                        peralatan tersebut.
                                        Apabila bahagian ketara, jika ada, bagi satu-satu item harta, kelengkapan dan peralatan
                                        mempunyai hayat berguna yang berbeza, ia dikira sebagai item berasingan (komponen
                                        utama) bagi harta, kelengkapan dan peralatan.

                                        Keuntungan dan kerugian bagi jualan item harta, kelengkapan dan peralatan ditentukan
                                        dengan membandingkan hasil daripada jualan dengan amaun bawaan bagi harta,
                                        kelengkapan dan peralatan dan dikira bersih dalam “pendapatan lain” dan “perbelanjaan
                                        lain”, masing-masing dalam keuntungan dan kerugian.

                                   (ii)   Kos berikutan

                                        Kos menggantikan sebahagian daripada unit harta, kelengkapan dan peralatan dikira dalam
                                        amaun bawaan bagi unit tersebut jika ada manfaat ekonomi akan datang yang
                                        berkemungkinan terangkum dalam komponen tersebut, akan mengalir kepada SC dan
                                        kosnya dapat diukur dengan pasti. Amaun bawaan bagi komponen yang diganti tidak diiftiraf
                                        dalam keuntungan atau kerugian. Kos penyelenggaraan harian harta, kelengkapan dan
                                        peralatan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian semasa ia berlaku.







                   128  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   128                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143