Page 137 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 137

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                                                 Pendapatan faedah diiktiraf dengan menggunakan kadar faedah berkesan kepada
                                                 jumlah bawaan kasar kecuali bagi aset kewangan terjejas kredit (lihat Nota 2 (d)(i))
                                                 di mana kadar faedah berkesan digunakan untuk kos yang dilunaskan.

                                           Tahun kewangan sebelumnya

                                           Sebelum ini, SC mengkategorikan instrumen kewangan mengikut MFRS 139, Instrumen
                                           Kewangan: Pengiktirafan dan Pengukuran seperti yang berikut:

                                           (a)   Pelaburan dipegang hingga matang

                                                 Kategori pelaburan dipegang hingga matang terdiri daripada instrumen hutang
                                                 yang disenaraikan dalam pasaran aktif dan SC mempunyai hasrat positif dan
                                                 kebolehan untuk memegangnya hingga matang.

                                                 Aset kewangan yang dikategorikan sebagai pelaburan dipegang hingga matang
                                                 kemudiannya diukur pada kos pelunasan dengan menggunakan kaedah faedah
                                                 berkesan.

                                           (b)   Pinjaman dan penghutang

                                                 Aset kewangan yang dikategorikan sebagai pinjaman dan penghutang
                                                 kemudiannya diukur pada kos pelunasan dengan menggunakan kaedah faedah
                                                 berkesan.

                                           Semua aset kewangan tertakluk kepada semakan semula bagi rosot nilai (lihat Nota 2(d)(i)).

                                           Liabiliti kewangan

                                           Tahun kewangan semasa

                                           Kategori liabiliti kewangan pada pengiktirafan awal adalah seperti berikut:

                                           Kos terlunas

                                           Liabiliti kewangan tidak dikategorikan pada nilai saksama melalui keuntungan atau
                                           kerugian adalah diukur pada kos terlunas menggunakan kaedah faedah berkesan.

                                           Perbelanjaan faedah dan keuntungan dan kerugian pertukaran asing adalah diiktiraf
                                           dalam untung atau rugi. Keuntungan atau kerugian atas pembatalan pengiktirafan turut
                                           diiktiraf dalam untung atau rugi.

                                           Tahun sebelumnya

                                           Semua liabiliti kewangan kemudiannya diukur pada kos pelunasan.

                                      (iii)   Pembatalan pengiktirafan

                                           Aset kewangan atau sebahagiannya dibatalkan pengiktirafan bila, dan hanya bila,
                                           hak kontraktual kepada aliran tunai daripada aset kewangan tamat tempoh atau
                                           aset kewangan telah dipindahkan kepada pihak lain tanpa pengekalan kawalan atau
                                           sebahagian besar semua risiko dan manfaat aset tersebut. Pada ketika pembatalan




                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  127






              92-225 BM.indd   127                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142