Page 143 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 143
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
(iii) Pelan manfaat wajib
Manfaat persaraan
SC memperuntukkan manfaat perubatan persaraan kepada kakitangan yang layak, yang
diambil bekerja sebelum 1 Januari 2003.
Obligasi SC dalam pelan manfaat wajib ini dikira dengan menganggar amaun manfaat
akan datang yang berhak diterima oleh kakitangan dalam tempoh semasa dan
sebelumnya dan mendiskaun amaun tersebut.
Pengiraan obligasi manfaat wajib dilaksanakan oleh aktuari bertauliah bebas dengan
menggunakan kaedah unjuran kredit unit. Apabila pengiraan terima menunjukkan
potensi aset bagi SC, aset yang dikira dihadkan kepada nilai semasa manfaat ekonomi
yang ada dalam bentuk apa-apa pulangan masa depan daripada pelan atau pengurangan
dalam sumbangan masa depan kepada pelan tersebut. Untuk mengira nilai semasa
manfaat ekonomi, perhatian diberikan kepada mana-mana keperluan pendanaan
minimum yang terpakai.
Pengukuran semula liabiliti manfaat wajib bersih, yang terdiri daripada laba dan kerugian
aktuari, dikira terus dalam pendapatan komprehensif lain. SC menentukan perbelanjaan
atau pendapatan faedah bersih bagi liabiliti wajib bersih atau aset bagi tempoh tersebut
dengan menggunakan kadar penurunan yang digunakan untuk mengukur obligasi
manfaat wajib pada permulaan tempoh tahunan bagi liabiliti manfaat wajib atau aset
bersih, dengan mengambil kira apa-apa perubahan dalam liabiliti manfaat wajib atau aset
bersih dalam tempoh tersebut sebagai bayaran caruman dan manfaat. .
Kos dan perbelanjaan berhubung dengan pelan manfaat wajib dikira dalam keuntungan
atau kerugian.
Apabila manfaat satu-satu pelan diubah atau apabila satu-satu pelan dipendekkan,
perubahan dalam manfaat yang berkait dengan perkhidmatan lampau atau laba atau
kerugian daripada pemendekan tersebut dikira terus dalam keuntungan atau kerugian.
SC mengira laba dan keuntungan dalam penyelesaian pelan manfaat wajib apabila
penyelesaian berlaku.
(g) Geran
SC memperuntukkan geran kepada entiti yang layak untuk menceburi aktiviti pasaran modal.
Geran diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian apabila pembayaran telah dibuat.
(h) Pengukuran nilai saksama
Nilai saksama bagi aset atau liabiliti ditentukan sebagai harga yang akan diterima untuk menjual
sesuatu aset atau harga yang dibayar untuk memindahkan liabiliti dalam transaksi secara tertib
antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran tersebut menganggap bahawa
transaksi untuk menjual aset tersebut atau memindahkan liabiliti berlaku sama ada dalam
pasaran utama atau jika ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran paling berfaedah.
BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi | 133
92-225 BM.indd 133 3/1/19 5:16 PM