Page 140 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 140

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                         meningkat dengan ketara sejak pengiktirafan awal, yang mana diukur pada jangkaan
                                         kerugian kredit selama 12 bulan. Elaun rugi bagi penghutang perdagangan sentiasa
                                         diukur pada jumlah yang sama dengan kerugian kredit yang dijangkakan sepanjang
                                         hayat.

                                         Apabila menentukan sama ada risiko kredit aset kewangan meningkat dengan ketara
                                         sejak pengiktirafan awal dan apabila menganggarkan kerugian kredit yang dijangkakan,
                                         SC menimbangkan maklumat yang munasabah dan boleh dipercayai yang relevan dan
                                         tersedia tanpa kos atau usaha yang tidak wajar. Ini termasuk maklumat dan analisis
                                         kuantitatif dan kualitatif, berdasarkan pengalaman sejarah SC dan penilaian kredit yang
                                         dimaklumkan dan termasuk maklumat berpandangan ke hadapan, jika ada.

                                         Kerugian kredit yang dijangkakan sepanjang hayat adalah kerugian kredit yang
                                         dijangkakan yang disebabkan oleh semua kemungkinan peristiwa ingkar sepanjang
                                         jangkaan hayat aset tersebut, manakala kerugian kredit dijangka selama 12 bulan adalah
                                         sebahagian daripada kerugian kredit yang dijangkakan yang terhasil daripada peristiwa
                                         lalai yang mungkin dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pelaporan. Tempoh maksimum
                                         yang dipertimbangkan apabila menganggarkan kerugian kredit yang dijangkakan adalah
                                         tempoh kontrak maksimum yang mana SC terdedah kepada risiko kredit.

                                         SC menganggarkan kerugian kredit yang dijangkakan pada penghutang perdagangan
                                         dengan menggunakan matriks peruntukan dengan merujuk kepada pengalaman
                                         kerugian kredit sejarah.

                                         Kerugian rosot nilai berkaitan dengan aset kewangan yang diukur pada kos pelunasan
                                         diiktiraf dalam untung atau rugi dan amaun dibawa aset dikurangkan melalui
                                         penggunaan akaun peruntukan.

                                         Pada setiap tarikh pelaporan, SC menilai sama ada aset kewangan yang dibawa pada kos
                                         yang dilunaskan adalah kredit terjejas. Aset kewangan adalah kredit terjejas apabila satu
                                         atau lebih peristiwa yang mempunyai kesan buruk terhadap anggaran aliran tunai masa
                                         depan aset kewangan telah berlaku.

                                         Jumlah bawaan kasar aset kewangan dihapus kira (sama ada sebahagian atau penuh)
                                         setakat bahawa tiada prospek pemulihan realistik. Ini biasanya berlaku apabila SC
                                         menentukan bahawa penghutang tidak mempunyai aset atau sumber pendapatan yang
                                         boleh menghasilkan aliran tunai yang mencukupi untuk membayar balik jumlah yang
                                         tertakluk kepada penolakan itu. Walau bagaimanapun, aset kewangan yang dihapuskan
                                         masih boleh tertakluk kepada aktiviti penguatkuasaan untuk mematuhi prosedur SC
                                         untuk pemulihan jumlah yang perlu dibayar.

                                         Tahun kewangan sebelumnya

                                         Semua aset kewangan adalah dinilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada wujud
                                         sebarang bukti objektif rosot nilai akibat daripada berlakunya satu atau lebih kejadian
                                         kewangan yang memberi kesan kepada anggaran nilai masa depan aliran tunainya.
                                         Kerugian yang dijangkakan daripada kejadian masa depan, tidak kira semana boleh, tidak
                                         diiktiraf.

                                         Kerugian rosot nilai berkait dengan pinjaman dan belum terima diiktiraf dalam
                                         keuntungan atau kerugian dan diukur sebagai perbezaan diantara nilai dibawa aset
                                         dengan nilai kini anggaran nilai masa depan aliran tunai yang didiskaunkan pada kadar
                                         faedah berkesan asal aset tersebut. Nilai dibawa aset dikurangkan dengan menggunakan
                                         sebuah akaun elaun.


                   130  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   130                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145