Page 142 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 142

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                        (b)   prestasi SC mewujudkan atau menambah aset yang dikawal oleh pelanggan
                                              sebagai aset dicipta atau dipertingkatkan; atau

                                        (c)   prestasi SC tidak mewujudkan aset dengan penggunaan alternatif dan SC
                                              mempunyai hak yang boleh dikuatkuasakan untuk pembayaran untuk prestasi yang
                                              disempurnakan setakat ini.

                                   (ii)   Geran kerajaan

                                        Geran kerajaan diiktiraf pada mulanya sebagai pendapatan tertunda pada nilai saksama
                                        apabila terdapat jaminan munasabah bahawa mereka akan diterima dan SC akan
                                        mematuhi syarat yang berkaitan dengan pemberian itu; mereka kemudian diiktiraf dalam
                                        keuntungan atau kerugian sebagai pendapatan lain secara sistematik sepanjang hayat
                                        berguna aset tersebut.

                                        Geran yang mengimbangi SC bagi perbelanjaan yang ditanggung diiktiraf dalam untung
                                        atau rugi sebagai pendapatan lain secara sistematik dalam tempoh yang sama di mana
                                        perbelanjaan diiktiraf.

                                   (iii)   Yuran pendaftaran dan lesen

                                        Pendapatan yuran pendaftaran dan lesen diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian
                                        apabila hak untuk menerima pembayaran ditubuhkan.

                                   (iv)   Pendapatan faedah

                                        Pendapatan faedah diiktiraf apabila ia terakru menggunakan kaedah faedah berkesan
                                        dalam keuntungan atau kerugian.


                             (f)   Manfaat kakitangan


                                   (i)   Manfaat kakitangan jangka pendek

                                        Obligasi manfaat kakitangan jangka pendek berhubung dengan gaji, bonus tahunan,
                                        cuti tahunan berbayar dan cuti sakit diukur secara tidak terdiskaun dan dikira sebagai
                                        perbelanjaan bagi perkhidmatan berkaitan yang diberikan.

                                        Liabiliti diiktiraf bagi amaun yang jangka akan dibayar jika SC mempunyai obligasi
                                        undang-undang atau konstruktif semasa untuk membayar amaun ini disebabkan oleh
                                        perkhidmatan lampau yang diberikan oleh kakitangan dan obligasi tersebut dapat
                                        dianggar dengan andal.

                                   (ii)   Pelan caruman

                                        Caruman SC ke dalam dana persaraan berkanun dicajkan ke dalam keuntungan atau
                                        kerugian dalam tahun kewangan yang berkaitan dengannya. Caruman prabayar dikira
                                        sebagai aset setakat pembayaran balik tunai atau pengurangan dalam pembayaran masa
                                        mendatang, jika ada.









                   132  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   132                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147