Page 141 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 141
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Jika dalam tempoh kewangan berikutnya, nilai saksama instrumen hutang meningkat
dan peningkatan ini boleh dikaitkan secara objektif dengan peristiwa kewangan yang
berlaku setelah kerugian rosot nilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, maka
kerugian rosot nilai ini dibalikkan, pada suatu peringkat nilai aset dibawa tidak melebihi
apa yang nilai dibawa akan rosot nilai yang tidak diiktiraf pada tarikh rosot nilai ini
dibalikkan. Nilai pembalikan ini diiktiraf sebagai keuntungan atau kerugian.
(ii) Aset lain
Nilai bawaan aset lain disemak pada penghujung setiap tempoh pelaporan untuk
menentukan sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda rosot nilai. Jika tanda-tanda
tersebut wujud, maka nilai boleh pulih aset dianggarkan.
Untuk menguji rosot nilai, aset dikelompokkan ke dalam kelompok kecil yang menjana
aliran masuk tunai daripada penggunaan berterusan yang sebahagian besarnya tidak
bergantung pada aliran masuk tunai aset lain atau unit penjanaan tunai. Nilai boleh
pulih satu-satu aset atau unit penjanaan tunai adalah nilainya yang lebih besar dalam
penggunaan dan nilai saksamanya tolak kos pelupusan. Semasa menaksir nilai dalam
penggunaan, aliran tunai akan datang yang dianggarkan diturunkan kepada nilai
semasanya dengan menggunakan kadar penurunan sebelum cukai yang mencerminkan
penilaian pasaran semasa bagi nilai mata wang dan risiko khusus kepada aset atau unit
penjanaan tunai.
Kerugian rosot nilai diiktiraf jika nilai bawaan aset atau unit penjanaan tunainya yang
berkaitan melebihi jangkaan nilai boleh pulihnya. Rosot nilai diiktiraf dalam keuntungan
atau kerugian.
Kerugian rosot nilai yang dikira dalam tempoh terdahulu ditaksir pada penghujung setiap
tempoh pelaporan bagi melihat apa-apa tanda yang menunjukkan kerugian tersebut
telah berkurang atau tidak lagi wujud. Kerugian rosot nilai ditarik balik jika terdapat
perubahan dalam anggaran yang digunakan untuk menentukan nilai boleh pulih sejak
kerugian rosot nilai yang lalu dikira. Kerugian rosot nilai ditarik balik hanya setakat nilai
yang nilai bawaan aset tidak melebihi nilai bawaan yang mungkin telah ditentukan, tolak
susut nilai atau pelunasan, jika kerugian rosot nilai tidak dikira. Penarikbalikan kerugian
rosot nilai dikreditkan ke dalam keuntungan atau kerugian dalam tahun kewangan
penarikbalikan tersebut dikira.
(e) Hasil dan pendapatan lain
(i) Hasil
Hasil diukur berdasarkan pertimbangan yang ditentukan dalam kontrak dengan
pelanggan sebagai pertukaran untuk memindahkan perkhidmatan kepada pelanggan,
tidak termasuk jumlah yang dikutip bagi pihak ketiga. SC mengiktiraf hasil apabila
(atau sebagai) ia memindahkan kawalan ke atas perkhidmatan kepada pelanggan. Aset
dipindahkan apabila (atau sebagai) pelanggan memperoleh kawalan aset tersebut.
SC memindahkan kawalan ke atas sesuatu barang atau perkhidmatan pada satu-satu
masa kecuali satu daripada kriteria masa lampau dipenuhi:
(a) pelanggan secara serentak menerima dan menggunakan manfaat yang
disediakan oleh SC;
BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi | 131
92-225 BM.indd 131 3/1/19 5:16 PM