Page 46 - AOB 2018 (BM)
P. 46

Lembaga
     Pemantauan
       Audit
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018





                        Jumlah bawaan kasar aset kewangan dihapus kira (sama ada sebahagian atau penuh) setakat
                        bahawa tiada prospek pemulihan realistik. Ini biasanya berlaku apabila AOB menentukan
                        bahawa penghutang tidak mempunyai aset atau sumber pendapatan yang boleh menghasilkan
                        aliran tunai yang mencukupi untuk membayar balik jumlah yang tertakluk kepada penolakan itu.
                        Walau bagaimanapun, aset kewangan yang dihapuskan masih boleh tertakluk kepada aktiviti
                        penguatkuasaan untuk mematuhi prosedur AOB untuk pemulihan jumlah yang perlu dibayar.


                        Tahun kewangan sebelum

                        Kesemua aset kewangan adalah dinilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada wujud sebarang
                        bukti objektif rosot nilai akibat daripada berlakunya satu atau lebih kejadian kewangan yang
                        memberi kesan kepada anggaran nilai masa depan aliran tunainya. Kerugian yang dijangkakan
                        daripada kejadian masa depan, tidak kira semana boleh, tidak diiktiraf.


                        Kerugian rosot nilai berkait dengan pinjaman dan belum terima diiktiraf dalam untung atau rugi
                        dan diukur sebagai perbezaan diantara nilai dibawa aset dengan nilai kini anggaran nilai masa
                        depan aliran tunai yang didiskaunkan pada kadar faedah berkesan asal aset tersebut. Nilai
                        dibawa aset dikurangkan dengan menggunakan sebuah akaun elaun.

                        Jika dalam tempoh kewangan berikutnya, nilai saksama aset kewangan meningkat dan
                        peningkatan ini boleh dikaitkan secara objektif dengan peristiwa  kewangan yang berlaku
                        setelah kerugian rosot nilai diiktiraf dalam untung atau rugi, maka kerugian rosot nilai ini
                        dibalikkan, pada suatu peringkat nilai aset dibawa tidak melebihi apa yang nilai dibawa akan
                        rosot nilai yang tidak diiktiraf pada tarikh rosot nilai ini dibalikkan. Nilai pembalikan ini diiktiraf
                        sebagai untung atau rugi.

                  (d)   Pendapatan


                        (i)   Yuran pendaftaran

                             Yuran pendaftaran daripada juruaudit bagi entiti kepentingan awam dikira dalam untung
                             atau rugi apabila hak untuk menerima pembayaran ditubuhkan.

                        (ii)   Pendapatan kewangan

                             Pendapatan kewangan diiktiraf apabila terakru dengan menggunakan kaedah faedah
                             berkesan dalam untung atau rugi.


                  (e)   Manfaat kakitangan

                        (i)   Manfaat kakitangan jangka pendek

                             Obligasi manfaat kakitangan jangka pendek berhubung dengan gaji, bonus tahunan, cuti
                             tahunan berbayar diukur secara tidak terdiskaun dan dikira sebagai perbelanjaan bagi
                             perkhidmatan berkaitan yang diberikan.







      44  |  BAHAGIAN DUA  PENYATA





   LT AOB BHG 2.indd   44                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51