Page 202 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 202
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Jadual 7
Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018
Bil. Jenis kesalahan Pesalah Huraian
1. • Mengaku Zamani Hamdan Pada 28 Oktober 2011, Zamani, pengarah Rantau Simfoni Sdn
sebagai wakil (Zamani) Bhd (Rantau Simfoni), dituduh di bawah seksyen 59(1) CMSA
berhubung kerana mengaku sebagai wakil pemegang CMSL untuk
aktiviti yang menjalankan dagangan dalam kontrak niaga hadapan tanpa
dikawal selia CMSRL.
tanpa lesen
• Menjalankan Zamani juga dikenakan pertuduhan alternatif kerana menjalankan
perniagaan perniagaan dagangan dalam kontrak niaga hadapan tanpa
dalam aktiviti mempunyai CMSL, melalui Rantau Simfoni, satu kesalahan di
yang dikawal bawah seksyen 58(1) dibaca bersama seksyen 367(1) CMSA.
selia tanpa
lesen Pada 30 April 2013, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan
Zamani ke atas pertuduhan alternatif dan menjatuhinya
hukuman denda sebanyak RM1 juta (atau 1 tahun penjara).
Zamani telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap
sabitan dan hukuman sementara pihak Pendakwa memfailkan
rayuan terhadap hukuman tersebut.
Mahkamah Tinggi, pada 19 Januari 2017, menolak rayuan
Zamani terhadap sabitan ke atasnya.
Mahkamah Tinggi menambah lagi hukuman dengan hukuman
penjara selama 2 bulan manakala denda tersebut dikurangkan
kepada sebanyak RM215,000 (atau 4 bulan penjara).
SC telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap
hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan, pada 30 Januari 2018, membatalkan rayuan
terhadap hukuman tersebut kerana notis pendengaran kes tidak
dapat disampaikan kepada Zamani walaupun pelbagai usaha
telah diambil oleh SC untuk menjejakinya.
2. Terlibat dalam Ismail Basir (Ismail) Pada 16 Januari 2018, Ismail dituduh di bawah seksyen 87A(b)
perbuatan SIA dan seksyen 179(b) CMSA. Antara Ogos 2007 dan November
yang dianggap 2008, Ismail didakwa telah menipu sejumlah RM350,000
sebagai penipuan daripada Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Proton Bhd (KOPRO)
berhubung berhubung pembelian saham Proton Holdings Bhd. Ismail juga
pembelian sekuriti didakwa mengaku kepada KOPRO bahawa dia adalah remisier,
walhal dia tidak pernah dilesenkan oleh SC.
Pada 28 Februari 2018, Ismail mengakui bersalah bagi kedua-
dua pertuduhan dan dijatuhi hukuman 1 tahun penjara dan
denda sebanyak RM1 juta (atau 6 bulan penjara) bagi setiap
pertuduhan. Hukuman penjara tersebut berjalan serentak.
192 | BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi
92-225 BM.indd 192 3/1/19 5:16 PM