Page 207 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 207

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                           Jadual 7
                           Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                            Bil.   Jenis kesalahan  Pesalah         Huraian

                            11.    Kenyataan        Wahid Ali Kassim   Wahid Ali, bekas  pengarah Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd
                                   mengelirukan     Ali (Wahid Ali)  (Aiwanna) dikenakan 3 pertuduhan pada 10 Oktober 2005 kerana
                                   berkaitan pembelian              tidak menyatakan fakta material berhubung pelaburan pelanggan
                                   sekuriti                         Aiwanna, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) dan
                                   [s.87A (c) SIA 1983]             fakta tersebut adalah perlu agar tidak menjadikan penyata akaun
                                                                    yang dikeluarkan kepada EPIC, tidak mengelirukan.

                                                                    Mahkamah Tinggi pada 14 Januari 2013 menolak rayuan
                                                                    Wahid Ali terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh
                                                                    Mahkamah Sesyen pada 30 Jun 2009. Wahid Ali kemudian
                                                                    memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 14 Mei
                                                                    2015, Mahkamah Rayuan merujuk kes tersebut ke Mahkamah
                                                                    Tinggi bagi pendengaran semula rayuan tersebut.

                                                                    Pada 27 Mei 2016, ketika pendengaran semula rayuan,
                                                                    Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan bagi kesemua 3
                                                                    pertuduhan. Bagi setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman
                                                                    penjara setahun dan denda sebanyak RM1 juta (atau sejumlah
                                                                    RM3 juta denda, 1 tahun penjara). Hukuman penjara tersebut
                                                                    berjalan secara serentak. Mahkamah Tinggi membenarkan
                                                                    permohonan menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara
                                                                    menunggu rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

                                                                    Pada 13 April 2018, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan
                                                                    Wahid Ali dan mengetepikan sabitan oleh Mahkamah Sesyen dan
                                                                    Mahkamah Tinggi.
                            12.    Tatalaku terlarang   Dato’ Lim Kim   Dato’ Lim KC dikenakan 11 pertuduhan di bawah seksyen 188(3)
                                   oleh individu yang   Chuan       (a) CMSA kerana memperolehi 398,000 unit saham M3nergy Bhd
                                   memiliki maklumat   (Dato’ Lim KC)  (M3nergy) antara 6 Ogos 2008 hingga 11 September 2008 ketika
                                   dalaman                          mempunyai maklumat dalaman. Dato’ Lim KC merupakan CEO
                                                    Tay Hup Choon   dan pengarah Melewar Industry Group Bhd dan juga pengarah
                                                    (Tay HC)        M3nergy ketika itu.

                                                    Theng Boon      Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan cadangan tawaran
                                                    Cheng (Theng BC)  pengambilalihan oleh Melewar (BVI) Ltd (Melewar) untuk
                                                                    memperoleh M3nergy yang diumumkan kepada Bursa Malaysia
                                                                    pada 12 September 2008. Saham tersebut telah diperolehi oleh
                                                                    Dato’ Lim KC melalui akaun dagangan yang dimiliki oleh 2
                                                                    individu lain.

                                                                    Tay HC dikenakan  9 pertuduhan kerana bersubahat dengan Lim
                                                                    KC dalam melakukan kesalahan di bawah seksyen 370(c) dibaca
                                                                    bersama seksyen 188(2)(a) CMSA. Tay HC merupakan salah
                                                                    seorang pemegang akaun dagangan yang digunakan oleh Dato’
                                                                    Lim KC untuk memperoleh saham M3nergy. Tay merupakan
                                                                    saudara ipar kepada Dato’ Lim KC.

                                                                    Theng BC dikenakan 11 pertuduhan kerana bersubahat dengan
                                                                    Dato’ Lim KC dalam melakukan kesalahan di bawah seksyen
                                                                    370(c) dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA. Theng BC
                                                                    merupakan remisier yang melakanakan dagangan saham
                                                                    M3nergy bagi Dato’ Lim KC.

                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  197






              92-225 BM.indd   197                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212