Page 206 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 206

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                        Jadual 7
                        Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                         Bil.   Jenis kesalahan  Pesalah          Huraian

                         9.     Dagangan orang   Wee Siew Ling    Wee SL dikenakan 10 pertuduhan di bawah seksyen 122C(c)
                                dalam            (Wee SL)         dibaca bersama seksyen 89E(2)(a) SIA kerana bersubahat dengan
                                                                  Goh Keng Huat (Goh KH) untuk memperolehi 851,600 unit
                                                                  saham Road Builder Holdings (M) Bhd (RBH) melalui akaun Wee
                                                                  SL antara 4 September 2006 dan 16 Oktober 2006 ketika Goh KH
                                                                  mempunyai maklumat dalaman.

                                                                  SC mendakwa maklumat dalaman yang dirujuk dalam
                                                                  pertuduhan tersebut adalah berkaitan dengan cadangan
                                                                  pemerolehan semua aset dan liabiliti RBH oleh IJM Corporation
                                                                  Bhd pada jumlah bayaran pembelian yang dinyatakan hampir
                                                                  RM1.56 bilion.

                                                                  Pada 10 April 2018, kesemua pertuduhan terhadap Wee SL telah
                                                                  ditarik balik berikutan pengakuan bersalah oleh Goh KH.
                         10.    Pecah amanah (CBT)  Alan Rajendram   Alan Rajendram, bekas pengarah eksekutif LFE Corporation
                                                 Jeya Rajendram   Bhd (LFE), dituduh pada 24 Jun 2010 dengan dua pertuduhan
                                                 (Alan Rajendram)  pecah amanah berjumlah RM18.99 juta. Pertuduhan pecah
                                                                  amanah tersebut sebelum ini dibicarakan bersama dengan
                                                                  empat lagi pertuduhan di bawah undang-undang sekuriti kerana
                                                                  mengemukakan maklumat palsu kepada bursa saham berkaitan
                                                                  perbelanjaan operas LFE di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA dan
                                                                  seksyen 369(b)(B) CMSA.

                                                                  Bagi pertuduhan CBT, Alan Rajendram didakwa telah
                                                                  menggunakan dana sebanyak RM18.99 juta milik LFE yang
                                                                  bertujuan untuk digunakan bagi modal kerja anak syarikat milik
                                                                  penuh LFE, LFE International Limited. Sebaliknya, Alan Rajendram
                                                                  telah menggunakan dana tersebut untuk membiayai langganan
                                                                  sahamnya di LFE dan membayar hutang korporatnya.
                                                                  Pada 10 Mei 2012, Mahkamah Sesyen telah membebaskan Alan
                                                                  Rajendram daripada 2 pertuduhan CBT tersebut pada akhirkes
                                                                  pihak Pendakwa. Pihak Pendakwa merayu kepada Mahkamah
                                                                  Tinggi. Pada 21 Januari 2016, Mahkamah Tinggi mengesahkan
                                                                  pembebasan tersebut dan pihak Pendakwa telah merayu kepada
                                                                  Mahkamah Rayuan.

                                                                  Pada 3 November 2016, Mahkamah Rayuan membatalkan
                                                                  pembebasan tersebut dan memerintahkan Alan Rajendram untuk
                                                                  membela diri.
                                                                  Pada 10 April 2018, Alan Rajendram mengaku bersalah terhadap
                                                                  pertuduhan CBT tersebut di Mahkamah Sesyen dan dijatuhi
                                                                  hukuman penjara 3 tahun.











                   196  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   196                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211