Page 203 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 203

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                           Jadual 7
                           Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                           Bil.   Jenis kesalahan   Pesalah         Huraian


                           3.     Mengemukakan      Alan Rajendram   Pada 24 Jun 2010,  Alan Rajendram, bekas pengarah eksekutif
                                  pernyataan palsu   Jeya Rajendram   LFE Corporation Bhd (LFE), dituduh di bawah seksyen 122B(b)
                                  kepada Bursa      (Alan Rajendram)  (bb) SIA dan seksyen 369(b)(B) CMSA kerana dengan sengaja
                                  Malaysia Securities               membenarkan penyerahan maklumat palsu oleh LFE kepada Bursa
                                  Bhd                               Malaysia Securities Bhd berkaitan dengan keputusan kewangan
                                                                    tidak teraudit LFE bagi 4 suku tahun kewangan berakhir 31
                                                                    Disember 2007. Kenyataan palsu tersebut adalah berkaitan
                                                                    dengan pembelian rekaan sebanyak hampir RM119 juta yang
                                                                    dibuat oleh LFE International Ltd, sebuah anak syarikat LFE.
                                                                    Pada 10 Oktober 2012, Mahkamah Sesyen mensabitkan Alan
                                                                    Rajendram ke atas semua empat pertuduhan dan menjatuhkan
                                                                    hukuman penjara setahun dan denda sebanyak RM300,000 bagi
                                                                    setiap pertuduhan. Hukuman penjara dijalankan serentak

                                                                    Pada 28 November 2016, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Alan
                                                                    terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

                                                                    Pada 23 Mac 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya dan
                                                                    Alan Rajendram diperintah untuk menjalani hukuman ke atasnya
                                                                    serta merta.

                           4.     Pengemukaan       Dato’ Lim Kim   Dato’ Lim KM dituduh kerana melakukan satu kesalahan di
                                  maklumat          Ming (Dato’ Lim   bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama dengan
                                  mengelirukan      KM)             seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean Food Bhd (GP Ocean)
                                  kepada                            mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat
                                  SC berhubung satu                 mengelirukan kepada SC yang terkandung di dalam:
                                  cadangan
                                                                    •  Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan Teraudit 31 Januari
                                                                       2006 Gropoint Fisheries Sdn Bhd; dan
                                                                    •  Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan Teraudit 31 Januari
                                                                       2006 Gropoint Seafood Industries Sdn Bhd.

                                                                    Gropoint Fisheries Sdn Bhd dan Gropoint Seafood Industries Sdn
                                                                    Bhd pada ketika itu merupakan subsidiari GP Ocean. Maklumat
                                                                    yang dikehendaki dikemukakan kepada SC adalah berhubung
                                                                    dengan cadangan GP Ocean bagi penyenaraian di Papan Utama
                                                                    di Bursa Malaysia  Securities Bhd.

                                                                    Dato’ Lim KM dituduh di Mahkamah Sesyen pada 22 Mei 2007.
                                                                    Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen telah  membebaskannya
                                                                    daripada pertuduhan. Pihak Pendakwa kemudian merayu kepada
                                                                    Mahkamah Tinggi, dan pada 14 Februari 2017, membatalkan
                                                                    pembebasan tersebut dan memerintahkan Dato’ Lim KM untuk
                                                                    membela diri bagi pertuduhan terhadapnya.

                                                                    Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Dato’ Lim
                                                                    KM pada akhir kes Pembelaan.

                                                                    Pada 9 April 2018, pihak Pendakwa memfailkan rayuan kepada
                                                                    Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.





                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  193






              92-225 BM.indd   193                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208