Page 205 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 205

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                          Jadual 7
                          Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                           Bil.   Jenis kesalahan   Pesalah         Huraian


                           7.     Pengemukaan       Tan Siok Wan    Tan SW dikenakan pertuduhan kerana melakukan satu kesalahan
                                  maklumat          (Tan SW)        di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama dengan
                                  mengelirukan                      seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean Food Bhd (GP Ocean)
                                  kepada                            mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat
                                  SC berhubung satu                 mengelirukan kepada SC – yang terkandung dalam senarai
                                  cadangan                          bertajuk “GP Ocean Food Bhd Group Top Ten Customer”.
                                                                    Maklumat yang dikehendaki dikemukakan kepada SC adalah
                                                                    berhubung dengan cadangan GP Ocean bagi penyenaraian di
                                                                    Papan Utama di Bursa Malaysia  Securities Bhd.

                                                                    Tan SW dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada
                                                                    18 April 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen telah
                                                                    membebaskannya daripada pertuduhan. Pihak Pendakwa
                                                                    kemudian merayu kepada Mahkamah Tinggi, dan pada 14
                                                                    Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan
                                                                    memerintahkan Tan SW untuk membela diri bagi pertuduhan
                                                                    terhadapnya

                                                                    Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Tan SW
                                                                    pada akhirkes Pembelaan.

                                                                    Pada 9 April 2018, pihak Pendakwa memfailkan rayuan kepada
                                                                    Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

                           8.     Dagangan orang    Goh Keng Huat   Goh KH dikenakan 10 pertuduhan dagangan orang dalam di
                                  dalam             (Goh KH)        bawah seksyen 89E(2)(a) SIA. Dia didakwa memperoleh sebanyak
                                                                    851,600 unit saham Road Builder Holdings (M) Bhd (RBH) melalui
                                                                    akaun Wee Siew Ling antara 4 September 2006 dan 16 Oktober
                                                                    2006 ketika mempunyai maklumat dalaman.

                                                                    SC mendakwa maklumat dalaman yang dirujuk dalam
                                                                    pertuduhan tersebut adalah berhubung cadangan pemerolehan
                                                                    kesemua aset dan liabiliti RBH oleh IJM Corporation Bhd pada
                                                                    jumlah bayaran pembelian yang dinyatakan hampir RM1.56
                                                                    bilion.
                                                                    Pada 10 April 2018, Goh mengaku bersalah kepada satu
                                                                    pertuduhan susulan permohonan bagi tawaran pengakuan di
                                                                    bawah seksyen 172C CPC. Sembilan lagi baki pertuduhan telah
                                                                    dipertimbangkan oleh Mahkamah.
                                                                    Goh KH telah dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda
                                                                    sebanyak RM1 juta, atau 6 bulan penjara.













                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  195






              92-225 BM.indd   195                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210