Page 208 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 208

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                        Jadual 7
                        Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                         Bil.   Jenis kesalahan  Pesalah          Huraian

                                                                  Dato’ Lim KC, Tay HC dan Theng BC telah dituduh di Mahkamah
                                                                  Sesyen pada 24 November 2015. Pada 30 April 2018, Mahkamah
                                                                  Sesyen membebaskan  Dato’ Lim KC, Tay HC dan Theng BC
                                                                  daripada pertuduhan tanpa memanggil mereka untuk membela
                                                                  diri terhadap pertuduhan terhadap mereka.

                                                                  Pada 3 Mei 2018, pihak Pendakwa memfailkan rayuan ke
                                                                  Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

                         13.    Gagal hadir untuk  Chok Chew Lan   Chok CL dikenakan  2 pertuduhan kerana  gagal hadir untuk
                                bertemu Pegawai  (Chok CL)        bertemu dengan Pegawai Penyiasat SC untuk disiasat secara
                                Penyiasat SC                      lisan pada 5 September 2017 dan 19 September 2017 di bawah
                                berhubung satu                    seksyen 134(5) SCMA.
                                siasatan
                                                                  Chok CL dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala
                                                                  Lumpur pada 24 Oktober 2017.
                                                                  Pada 30 Julai 2018, Chok CL mengaku bersalah terhadap semua
                                                                  pertuduhan dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM35,000
                                                                  (atau 3 bulan penjara)  bagi setiap pertuduhan.

                         14.    Dagangan orang   Tan Bee Hong     Tan BH dikenakan pertuduhan dagangan orang dalam di bawah
                                dalam            (Tan BH)         seksyen 188(2)(a) CMSA kerana didakwa telah menjual sebanyak
                                                                  350,000 unit saham APL Industries Bhd (APLI) pada 31 Oktober
                                                                  2007 ketika mempunyai maklumat dalaman berhubung dengan
                                                                  pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang
                                                                  menyebabkan APLI APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi
                                                                  bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007, berbanding
                                                                  keputusan suku tahun keempat yang belum diaudit sebelumnya
                                                                  bagi tahun kewangan yang sama dan APLI akan diklasifikasikan
                                                                  sebagai penerbit yang terjejas menurut Keperluan Penyenaraian
                                                                  Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005.
                                                                  Tan BH dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15
                                                                  Disember 2014.
                                                                  Pada 9 Ogos 2018, Tan BH telah disabitkan kesalahan oleh
                                                                  Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan
                                                                  denda sebanyak RM7 juta.





















                   198  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   198                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213