Page 209 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 209

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                           Jadual 7
                           Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                           Bil.   Jenis kesalahan   Pesalah         Huraian

                           15.    Dagangan orang    Tan Bee Geok    Tan BG dituduh di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana
                                  dalam             (Tan BG)        memaklumkan kepada Tan Bee Hong antara 23 hingga 31
                                                                    Oktober 2007 maklumat dalaman berhubung pelarasan audit
                                                                    yang dicadangkan oleh juruaudit APL Industries Bhd (APLI)
                                                                    yang menyebabkan APLI APLI melaporkan kerugian yang lebih
                                                                    tinggi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007, berbanding
                                                                    keputusan suku tahun keempat yang belum diaudit sebelumnya
                                                                    bagi tahun kewangan yang sama dan APLI akan diklasifikasikan
                                                                    sebagai penerbit yang terjejas menurut Keperluan Penyenaraian
                                                                    Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005.
                                                                    Tan BG dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15
                                                                    Disember 2014.
                                                                    Pada 9 Ogos 2018, Tan BG telah disabitkan kesalahan oleh
                                                                    Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan
                                                                    denda sebanyak RM7 juta.

                           16.    •  Menipu PLC     Ngu Tieng Ung   Pada 5 Mei 2005, Ngi TU, bekas pengarah urusan Pancaran Ikrab
                                  •  CBT            (Ng TU)         Bhd (PIB), dikenakan  2 pertuduhan di bawah seksyen 87A(b)
                                                                    SIA kerana melakukan perbuatan yang dianggap satu penipuan
                                                    Wong Jit Kiang   terhadap PIB dengan menggunakan sebanyak RM15.5 juta dana
                                                    (Wong JK)       PIB untuk membeli saham PIB.

                                                                    Ngu TU juga dikenakan  1 pertuduhan kerana melakukan CBT
                                                                    di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan berhubung dana PIB
                                                                    sebanyak RM21.5 juta.

                                                                    Selanjutnya, satu pertuduhan alternatif melakukan CBT di bawah
                                                                    seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membabitkan dana PIB
                                                                    sebanyak RM37 juta yang juga dikenakan ke atas Ngu TU.

                                                                    Wong JK dituduh kerana bersubahat Ngu TU melakukan
                                                                    kesalahan tersebut.

                                                                    Wong JK gagal hadir di mahkamah sejak 23 Mac 2009 dan pada
                                                                    24 Mac 2010, Mahkamah Sesyen membatalkan pertuduhan
                                                                    tetapi tidak membebaskannya. Waran tangkap masih dikenakan
                                                                    terhadapnya.

                                                                    Pada Oktober 2010, Ngu TU mengaku bersalah terhadap 2
                                                                    pertuduhan utama di bawah SIA dan dijatuhi hukuman 1 hari
                                                                    penjara dan denda sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan.

                                                                    Pada Ogos 2011, susulan rayuan oleh pihak Pendakwa terhadap
                                                                    hukuman tersebut, Mahkamah Tinggi telah mengetepikan sabitan
                                                                    dan hukuman, atas alasan bahawa pengakuan bersalah itu
                                                                    adalah layak dan merujuk kes tersebut bagi perbicaraan semula di
                                                                    Mahkamah Sesyen.

                                                                    Perbicaraan semula terhadap Ngu TU bermula pada Januari 2012.



                                                                                       BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  199






              92-225 BM.indd   199                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214